Pages

Hiburan: ‘Rupanya Sepanjang Saya Solat Di Surau Tu, Dia Tolong Perhatikan Beg Saya!’

Hiburan: March 6, 2020 at 04:27AM

Peribahasa 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat' sangat sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Taufiq Razif apabila dia dipertemukan dengan seorang insan yang bermurah hati menghulurkan bantuan kepadanya semasa dia berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

'Dia tolong perhatikan beg saya'

Serius saya terharu sangat dengan tukang cuci surau KLIA1 ni. Semalam saya ke surau KLIA1. Masa tu tengah nak tunggu giliran check in flight ke Jakarta. Masa sampai di surau tu saya terfikir juga macam mana la dengan beg yang saya bawa ni. Siapa nak jaga? Nak letak kat mana? Dalam tu ada laptop, ada baju dan semua fail penting untuk Yaminika, sebuah platform untuk mengubah landskap Nusantara yang saya dan team tengah usahakan. Hilang beg ni memang berpotensi hilang berjuta ringgit la juga.

Tiba tiba masa nak masuk ke surau tu, saya ternampak sorang tukang cuci berwarganegara Bangladesh berdiri di samping tempat wudhuk sambil memegang mop, 'Assalamualaikum' sapa beliau sambil tersenyum lebar. 'Waalaikumussalam' saya jawab dengan hati hati penuh kagum. Ya, setiap orang yang lalu ke tempat solat itu akan tukang cuci tu sapa dengan penuh senyuman. Menakjubkan lagi, ketika saya tengah pening nak letak beg saya kat mana, si tukang cuci ni angkat beg saya dengan tangannya sendiri dan letak betul betul di depan tempat dia berdiri.

Ya Allah. Rupanya sepanjang saya solat di surau tu, dia tolong perhatikan beg saya! Khidmat apakah ini? Dia santuni saya macam la saya ni seorang majikan yang membayar gajinya padahal saya satu sen pun tak pernah bayar dia. Lepas je solat entah kenapa saya terdetik nak berdoa khusus untuk dia. Saya angkat tangan dan saya doakan 'Ya Allah. Kayakan dia sekaya kayanya. Ya Allah masukkan tukang cuci surau ini ke dalam syurga'.

Sikap jujur dan amanah

Selesai berdoa, saya tinggalkan pemuda tukang cuci ni untuk saya ke kaunter check in bagasi. Sampainya di sana, rupanya sahabat saya, Ustaz Hakim pun ada juga. Besar betul beg bagasi yang dia bawa. Katanya baru beli 10 minit yang lalu di Mitsui Store. Masa nak check in, eh ternyata Ustaz Hakim Mohd Nor tak beli luggage flight. Kalau nak masukkan, kena bayar ratusan ringgit juga untuk 1 bagasi.

Fikir punya fikir, daripada bayar duit luggage beratus ringgit tu Ustaz hakim kata dia nak sedekahkan je lah beg tu pada orang lain di sana. Ustaz hakim siap offer beg bagasi tu secara percuma pada pramugari yang jaga kaunter tu lagi tapi peliknya, semua orang menolak. Padahal harga beg tu beratus ringgit kot! Dah la baru beli 10 minit yang lalu. Rupanya, memang rezeki beg percuma ni milik orang lain. Semua orang menolak beg percuma ni kecuali sorang je iaitu lelaki pencuci surau yang saya doakan tadi!

Ya Allah. Dia sendiri terkejut bila dapat beg tu secara percuma gitu sampai dia minta saya ambilkan gambar dia bersama Ustaz Hakim. Dia kata, takut orang cakap dia curi beg jemaah. So dia minta saya ambilkan gambar Ustaz Hakim hadiahkan beg ni pada dia. Jujur dan amanah betul orangnya. Saya teringat kata kata nasihat daripada seorang motivator terkenal Indonesia, Pak Nasrullah 'Allah titipkan rezeki manusia pada memuliakan dan membahagiakan orang lain'.

Muliakan antara satu sama lain

Eh betullah. Tukang cuci ni baru je beberapa minit lalu memuliakan dan membahagiakan saya dengan menjaga dan mengawasi beg saya sepanjang saya solat tadi dan sekarang ni Allah balas kebaikan dia pada saya tu dengan beg berharga ratusan ringgit secara free je. Tuan puan semua, begitulah ajaibnya rezeki. Makin kita muliakan orang, makin kita bahagiakan orang maka makin rezeki tu akan singgah dan mendekat pada kita.

Maka mulai hari ini, marilah kita bahagiakan dan muliakan ibu dan ayah kita. Mari kita bahagiakan dan muliakan pasangan kita. Marilah kita muliakan dan bahagiakan anak anak kita dan seluruh keluarga kita. Marilah kita muliakan dan bahagiakan juga seluruh manusia. InsyaAllah, rezeki tu akan mencurah curah dan berbondong bondong datang kepada kita daripada sumber yang kita tak sangka sangka.

Sumber: Taufiq Razif



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular