Hiburan: March 9, 2020 at 08:36AM
Seorang pengasuh ditemui mati oleh bapa kepada anak asuhannya pada 7.30 pagi Ahad lalu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di atas lantai bersebelahan katil di bilik tidur utama di rumah berkenaan dengan tangan terikat menggunakan wayar pengecas telefon dan mulut ditutup dengan kain.
Berkemungkinan besar dilakukan orang lain
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat kepada Harian Metro,wanit itu mengalami patah tulang tengkuk. Perkara itu berdasarakan penemuan itu diperoleh laporan bedah siasat.
Katanya, pemeriksaan ke atas mayat mangsa, Haziah Yeap Osman, turut mendapati terdapat kecederaan sekitar bibir, mulut, dagu dan hadapan leher mangsa.
Pemeriksaan dalaman pun mendapati ada pendarahan pada otot leher mangsa serta patah tulang tengkuk, selain lebam pada hadapan pangkal paha kiri dan kanan.
Kesemua kecederaan ini pada kebiasaannya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh mangsa dan kemungkinan besar dilakukan oleh orang lain terhadap mangsa.
Tak sahut panggilan
Menurut Shamsuddin, hasil bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia dalam tempoh tidak melebihi 24 jam. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bapa anak asuhan mangsa menyedari sesuatu yang pelik apabila mangsa tidak menyahut panggilannya ketika mahu menghantar anaknya pada Ahad.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment