Hiburan: March 9, 2020 at 08:38AM
Umum mengetahui pelakon cantik, Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan ramai yang mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar.
Identiti lelaki yang berjaya mencuri hati pelakon itu diketahui apabila pasangan ini buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah pada Januari lalu. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengakuan keluar dari mulut mereka demi menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga.
Namun, baru-baru ini Emir nampaknya semakin "terbuka" mengenai percintaan mereka. Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid itu ada berkongsi sebuah coretan istimewa penuh bermakna ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.
Bukan sekadar ayat-ayat romantis, Emir juga memuat naik sekeping foto yang dikatakan mirip pelakon paling popular itu.
Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut yakin bahawa wanita itu adalah Mira. Malah, Mira juga dilihat meninggalkan tanda 'like' pada gambar tersebut.
Difahamkan, Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Ehem, kalau bercinta pun apa salahnya kan? Jujur sahaja, pasti ramai mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment