Hiburan: March 22, 2020 at 03:33AM
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-37, penyanyi, Bunga Citra Lestari menerima pelbagai ucapan daripada keluarga, peminat termasuk adik iparnya sendiri.
Walaupun menerima pelbagai ucapan sempena hari istimewa hari ini, penyanyi kelahiran Indonesia itu memberitahu bahawa dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa suami tercinta, Ashraff Sinclair sudah tiada lagi bersamanya. Sedihnya!
Masih belum bisa
Menurut Bunga, selepas pemergian Ashraff sebulan yang lalu, dia tidak memuat naik sebarang posting di mana-mana akaun media sosialnya. Ini kerana, dia masih belum bersedia menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37, dia ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua orang yang memberi ucapan serta menyayangi dirinya. Dia turut bersyukur mempunyai keluarga, sahabat dan peminat yang selalu memberi sokongan.
Tambahnya, perjalanan hidupnya selepas ini tidak mudah kerana dia perlu berusaha sedikit demi sedikit untuk bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa. Di samping itu, dia meminta peminat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya sempena hari istimewanya pada tahun ini.
So happy to have you as a kakak
Happy birthday Unge. Because we clicked so fast, sometimes I forget how long I've known you, how many good times we have had, some good real talk, a lot of great laughs and how happy I am when I get to see you. Good times fly by when you are having fun. Love you so much and so happy to have you as a kakak, and also as one of my best friends. Next time I see you let's have some cake ya (but can you please bake it). Love you so much!
Menerusi Instagram adik ipar Bunga iaitu Adam, dia turut memuat naik satu posting di mana meninggalkan ucapan selamat ulang tahun buat kakak iparnya. Menurutnya, dia sangat senang untuk rapat dengan Bunga sehinggakan dia lupa bila mereka mulai kenal. Mereka banyak menghabiskan masa dan gelak ketawa bersama. Sebagai adik ipar, dia sangat menyayangi Bunga dan mereka bakal berjumpa nanti.
Dugaan hebat buat wanita kuat
Sumber: Bunga Citra Lestari & Adam Sinclair
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment