Hiburan: March 22, 2020 at 03:12AM
Covid-19 boleh dijangkiti sesiapa sahaja dan setakat ini telah meragut 8 nyawa di negara ini. Kes yang mencecah 1183 membuatkan ramai yang panik apabila ada ahli keluarga atau diri sendiri mempunyai simptom virus ini. Pelakon Sharifah Sakinah berkongsi detik cemas apabila anaknya Anais Adha menunjukkan simptom membimbangkan.
Berkemungkinan besar dijangkiti
Menurut Sakinah, Anais menunjukkan tanda-tanda dan berkemungkinan 70% dijangkiti virus berkenaan membuatkan kebanyakan hospital tidak mahu menerima kesnya.
Anais mengalami sakit tekak, batuk dan demam. Kami bawa dia ke beberapa hospital swasta sekitar Kuala Lumpur tapi semuanya tidak mahu menerima.
Dia 70% berkemungkinan dijangkiti Covid-19 berdasarkan simptom dialami, tambahan pula ayahnya seorang juruterbang.
Negatif Covid-19
Sakinah membawa anak sulungnya itu ke sebuah hospital swasta dan menerima keputusan ujian kelmarin (Jumaat) setelah ke sana 2 hari lalu.
Kami lakukan ujian saringan dan swab. Semalam kami terima kepusan ujian dan alhamdulillah, negatif.
Dalam pada itu, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka berkenaan sempat menasihatkan pengikutnya supaya mematuhi arahan kawalan pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.
Sumber: Sharifah Sakinah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment