Hiburan: March 6, 2020 at 05:53AM
Keperitan dan kesedihan apabila kehilangan seseorang yang sangat berharga dalam hidup terutamanya ibu bapa memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan yang dialami oleh Nurul Shafina bersama-sama 4 orang adik beradiknya yang lain apabila ibu kandung mereka telah dijemput ilahi.
Kisah sedih ini dikongsikan oleh ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi akaun Facebook miliknya.
Menghembuskan nafas terakhir
Terdahulu, kisah kehidupan Rosimah ini telah mendapat perhatian netizen apabila dia menghidap penyakit kanser lidah tahap 4. Penyakit tersebut telah menyebabkan lidahnya mengeras dan mulutnya bengkak sehingga dia tidak mampu untuk bercakap. Disebabkan penyakit yang dihidapinya, Rosimah sempat menulis beberapa nota terakhir sebelum kedua matanya bengkak dan tertutup sepenuhnya sebelum anaknya Nurul Shafina dikongsikan di laman Facebooknya. Namun tidak disangka-sangka, nota-nota tersebut adalah luahan rasa dan pesanan terakhir ibunya buat keluarga.
Terbaru, Datuk Seri Reezal menerusi kapsyen di Facebooknya memberitahu bahawa ibu kepada Nurul Shafina yang dikenali dengan nama Rosimah Ismail telah meninggal dunia pada pagi Jumaat (6 Mac 2020). Datuk Seri Reezal yang juga merupakan ahli Parlimen Kepala Batas turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.
Al-fatihah
Berita sedih yang dikongsikan ini turut dirasai oleh netizen yang rata-ratanya mengucapkan salam takziah dan kata-kata semangat buat keluarga arwah. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut menitipkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment