Pages

Hiburan: ‘Tawaf Masih Boleh Dilakukan’ – Suasana Kaabah Lengang Akibat COVID-19, Selebriti Titip Doa

Hiburan: March 6, 2020 at 05:00AM

Sejak beberapa hari lalu, dilaporkan Masjidil Haram mula lengang bagi tujuan menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19. Ini adalah kali pertama Kota Mekah ditutup buat sementara disebabkan wabak tersebut sekali gus menimbulkan rasa kebimbangan umum termasuk artis tempatan.

Ramai artis yang terkesan dengan berita ini dan mendoakan agar Kota Mekah dalam keadaan selamat.

Doa yang terbaik

Instagram Photo

Pelakon Shiera Al-Khaired menasihati umum untuk sentiasa mengambil Vitamin C dalam pemakanan harian dan memastikan mulut ditutup ketika batuk atau bersin. Malah, orang juga dinasihatkan untuk memakai mask ketika keluar ke tempat umum.

Suasana yang aneh

Instagram Photo

Selain itu, pelakon Lufya turut berkongsi pendapatnya terhadap penutupan sementara Masjidil Haram. Menurutnya, suasana tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana penutupan dibuat bagi tujuan pembersihan. Bagaimanapun, Masjidil Haram tidak sunyi kerana masih ada orang di sana cuma pintu ke mataf ditutup bagi tujuan pembersihan.

Kerja pembersihan perlu dijalankan

Instagram Photo

Tidak dinafikan ramai jemaah yang sedang menunaikan ibadah umrah agak kecewa kerana tidak berpeluang melakukan tawaf di sana. Bagaimanapun, urusan tawaf dan saie masih boleh dilakukan di tempat berbumbung cuma ukuran tawaf agak sedikit berbeza. Malah, ruang bawah di rumah ibadah itu juga kelihatan kosong.

Peringatan buat kita

Instagram Photo

Yatt Hamzah turut menjelaskan kepada umum gambar seperti di atas merupakan proses pembersihan kawasan tawaf di sekitar Kaabah bagi mengelakkan penularan virus COVID-19.

Behind the scenes of Masjidil Haram

Instagram Photo

Kami berlindung denganMu

Difahamkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup selama satu jam selepas solat Isyak dan dibuka semula sebelum solat Subuh bagi membolehkan pelaksanaan pembersihan termasuk menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.

Sumber: Instagram



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular