Hiburan: March 9, 2020 at 08:00AM
Ketika kanak-kanak lain sedang sibuk bermain dan fokus terhadap pembelajaran, seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anna Marie Roga terpaksa menjaga bapanya yang mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal.
Menerusi Youtube Reporters Notebook, Anna yang berasal dari Filipina itu menghabiskan masanya setiap hari untuk menguruskan keperluan harian bapanya yang tidak boleh bergerak mahupun bercakap.
Berkerusi roda ke tempat kerja
Menerusi dokumentari yang berdurasi 11:46 saat itu, Anna Marie Roga merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun. Dia terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bapanya yang mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal. Selain menemani, Anna akan menyuap makanan dan turut mandikan bapanya.
Menurutnya, dia akan mengangkat dan membawa bapanya yang berkerusi roda ke tempat kerja ibunya sebelum ke sekolah. Setakat ini, video tersebut telah meraih 318k tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sebak mengenang nasib Anna.
May god blessed you
Sumber: Reporters Notebook
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment