Hiburan: March 9, 2020 at 08:00AM
Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan satu hubungan yang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan ini apabila cinta mereka terputus di tengah jalan disebabkan tidak mendapat restu keluarga.
Cinta tidak direstui
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Tirtavirai menceritakan kisah cinta seorang wanita yang dikenali dengan nama Elvie bersama cinta pertamanya, Fred. Menurut gadis ini, hubungan cinta pasangan ini dikatakan berputik sejak mereka berada di bangku sekolah menengah lagi. Tetapi malangnya, hubungan mereka tidak direstui keluarga dan akhirnya mereka berpisah. Disebabkan patah hati, Elvie nekad untuk hidup membujang walaupun usianya kini sudah mencecah 68 tahun.
Cinta lama berputik kembali
Menceritakan kisah itu, gadis ini memberitahu bahawa Elvie akhirnya bertemu kembali dengan cinta sejatinya yang telah terpisah sejak berpuluh puluh tahun yang lalu. Pada ketika itu, sang lelaki iaitu Fred kini sudah bergelar seorang duda selepas dia kematian isterinya. Selepas bertemu, cinta lama pasangan ini akhirnya berputik kembali dan mereka kembali bercinta.
Sweetnya
Tanggal 7 Mac yang lalu, pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri. Gadis ini turut menegaskan bahawa sepanjang Fred bergelar seorang suami, Elvie tidak pernah menjadi perosak rumah tangga malah mereka juga langsung tidak pernah berhubung antara satu sama lain.
Cinta sejati itu wujud
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sungguh terharu dengan kisah cinta Elvie dan Fred. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka yang memberitahu bahawa cinta sejati itu memang wujud.
Sumber: Tirtarivai
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment