Pages

Hiburan: 2 Warga Emas Korea Selatan Sembuh Covid-19 Selepas Jalani Terapi Plasma Darah

Hiburan: April 8, 2020 at 03:01AM

Seorang penyelidik dan doktor muda di Severance Hospital, South Korea mendapati potensi kelebihan plasma iaitu cecair darah daripada individu yang sembuh wabak Covid-19, mampu menjadi penawar buat mereka yang sedang positif wabak tersebut.

Menerusi laporan Berita Harian, dua orang warga emas dipercayai sudah pulih daripada wabak tersebut selepas menerima rawatan menggunakan plasma individu yang sudah sembuh.

Mampu menjana antibodi

Menurut penyelidik dan doktor, Chou Jun Yong cecair darah dari individu yang sudah sembuh mampu menjana antibodi dan menjadi daya pertahanan tubuh badan pesakit Covid-19. Tambahnya, terapi plasma mungkin boleh menjadi rawatan alternatif kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan tidak memberi maklum balas kepada ubat anti viral. Walau bagaimanapun, ujian klinikal perlu dilakukan untuk memastikan rawatan tersebut berada pada tahap yang berkesan.

Sebelum ini, salah seorang daripada dua pesakit warga emas yang berusia 71 tahun, menunjukkan reaksi positif dan kembali sihat selepas dirawat dengan plasma daripada seorang pesakit berusia 20an, bersama dengan rawatan steroid. Manakala, seorang lagi mangsa yang sembuh merupakan pesakit wanita berusia 67 tahun. Wanita tersebut menerima terapi plasma dan steroid selepas mempunyai masalah pneumonia yang teruk dan tidak memberikan maklum balas terhadap ubat malaria, HIV atau rawatan oksigen.

Sekiranya tiada vaksin dan rawatan lain

Menurut Pegawai Ibu Pejabat Pusat Kawalan Penyakit Seoul, Kwon Jun-wook memberitahu terapi plasma sangat penting sekiranya tiada vaksin atau rawatan lain. Tambahnya lagi, kajian berskala kecil mengenai plasma sudah menunjukkan keberkesanan dalam merawat penyakit berjangkit, antaranya termasuk Ebola dan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS). Program 'kesan,uji dan rawat' yang dianjurkan oleh Korea Selatan, telah berjaya mengurangkan penularan wabak yang terburuk yang pernah dialami negara tersebut.

Sumber: Berita Harian & BBC News



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular