Hiburan: April 8, 2020 at 03:29AM
Chiang Mai antara destinasi pelancongan yang menjadi kegemaran ramai pelancong bertandang ke negara Thailand. Disebabkan faktor suhu yang sejuk, keaslian budaya dan panorama cantik menjadi tarikan terpenting dalam sektor pelancongan negara itu.
Terbaru, Taman Negara Doi Suthep-Pui di Chiang Mai dilaporkan terbakar dipercayai sudah hampir seminggu. Kebakaran itu telah menyebabkan wilayah Chiang Mai mengalami pencemaran udara dan jerebu teruk. Lebih menyedihkan lagi, tumbuhan dan haiwan juga menjadi korban dalam tragedi ini.
14 jam padamkan api
Menurut Bangkok Post.com, seramai lebih 500 orang dari tiga pasukan penyelamat dan tentera mengambil masa kira-kira 14 jam bagi memadamkan kebakaran api yang menjilat Taman Negara Doi Suthep-Pui itu.
Kebakaran berlaku sejak 25 Mac 2020 lalu telah menyebabkan pencemaran udara yang berlaku di wilayah utara negara Thailand itu. Meskipun, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan namun, terdapat pelbagai kerosakan yang dapat disaksikan termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tragedi ini turut melibatkan dua orang penduduk yang menjadi mangsa.
Laos dan Myanmar turut dapat kesan
Menurut Gabenor Chiang Mai iaitu Charoenrit Sanguansat melaporkan kebakaran hutan di Doi Suthep-Pui itu berada di tahap tinggi, tidak sihat iaitu PM2.5. Bagaimanapun, kebakaran ini turut memberi kesan pencemaran udara kepada negara jiran berhampiran termasuk Laos dan Myanmar.
Bagaimanapun punca kebakaran yang telah berlaku hampir seminggu ini masih dalam proses siasatan. Ada segelintir pihak mendakwa berpunca dari petani yang tinggal berdekatan. Ada juga menuduh syarikat pertanian tempatan yang menjadi punca kepada kebakaran ini.
Musang ditemui separuh terbakar
Lebih menyedihkan lagi apabila haiwan turut menjadi mangsa dalam kebakaran terbesar di Doi Suthep-Pui ini. Haiwan-haiwan ini kehilangan tempat berlindung dan sumber makanan. Ada juga haiwan yang terkorban dalam kebakaran ini.
Seekor haiwan dipercayai jenis musang telah dijumpai dalam keadaan separuh terbakar dan keletihan. Seorang doktor telah mengambil haiwan berkenaan untuk dipelihara dan merawatnya. Haiwan ini kelihatan pasif dengan keadaan hampir separuh badannya terbakar termasuk lidah, ekor, mata dan telinga.
Haiwan menjadi mangsa
Sumber: We Don't Deserve This Planet, Bangkok Post.com, Coconuts Bangkok
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment