Hiburan: April 15, 2020 at 11:27AM
Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video.
Video yang dimuat naik oleh pihak Istana Negara di Instagram, berjaya mencuri tumpuan masyarakat yang rata-ratanya kagum dengan cara baginda mengendalikan perbincangan tersebut di samping bertanya khabar antara satu sama lain.
Mengadakan sesi Pra-Kabinet
Menerusi video tersebut, Seri Paduka Agong bertanya khabar sama ada Perdana Menteri dan semua Menteri Kabinet berada dalam keadaan sihat. Menurut Tan Sri Muhyiddin semua Menteri sihat dan sudah menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan ekoran wabak yang sedang melanda negara. Di samping itu, baginda turut bertanya mengenai pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerkan yang sedang berlangsung.
Pada masa yang sama, sesi Pra-Kabinet diantara baginda dan Tan Sri Muhyiddin turut berlangsung buat pertama kali menggunakan sidang video di Istana Negara. Baginda tuurt berkenan supaya mesyuarat itu akan diteruskan semasa tempoh PKP.
Seperti ada keserasian
Di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat sidang video di antara baginda dan Tan Sri Muhyiddin. Mereka turut berdoa agar insan-insan yang disayangi rakyat ini sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan terus memerintah negara.
Sumber: Istana Negara
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment