Hiburan: April 15, 2020 at 10:30AM
Siapa sangka, garam yang dahulunya menjadi penyedap rasa dalam masakan kini makin jadi rebutan. Bezanya sekarang ia tak lagi gah semata-mata di dapur, sebaliknya dah mula mengisi kebaikan dalam produk penjagaan diri di pasaran.
Bila dah masuk 2020 ni, kami yakin semua orang mesti nak yang advance belaka. Jadi, tak salah rasanya kalau kita buat kelainan. Seperti kombinasi syampu rambut dengan garam yang tengah viral ni, rugi kalau tak cuba sebab banyak kebaikannya tau!
1. Bantu hilangkan kelemumur
Masalah kelemumur biasanya terjadi disebabkan oleh sel kulit mati yang sudah kering dan pertumbuhan kulat akibat minyak berlebihan di kepala. Ini membuatkan kulit kepala kerap tak selesa dan gatal-gatal.
Tapi, dengan adanya kombinasi garam dalam syampu, ia mampu mengawal kelembapan kulit, menyerap lebihan minyak, dan berupaya menanggalkan sel kulit mati jugak tau!
2. Mengurangkan rambut gugur
Kulit kepala yang tak sihat bukan saja menyebabkan korang jadi tak selesa, malah ia menjadi punca kepada masalah keguguran rambut yang berpanjangan. Bila rambut gugur makin teruk, dah tentu nak keluar rumah pun jadi malu dan tak yakin.
Kalau korang nak tahu, garam kaya dengan vitamin dan mineral yang boleh membantu merawat serta memastikan kulit kepala lebih sihat. Ia sekaligus boleh menguatkan kembali akar rambut disamping menggalakkan pertumbuhan rambut-rambut baru.
3. Rambut lebih cantik dan bersinar
Siapa tak nak rambut cantik bersinar kan? Tak kisahlah berhijab atau tak, mahkota paling berharga ini haruslah kekal berseri. Sebab tu, korang disarankan pilih syampu yang ada kombinasi garam untuk memenuhi keperluannya.
Selain bertindak merawat kulit kepala secara menyeluruh, garam juga berupaya menyuburkan semula rambut yang kering dan menjadikan rambut bersinar sepanjang hari. Pendek kata, lepas ni takde lagi rambut kusam dan tak terurus.
4. Selesaikan masalah rambut berbau
Kelemumur, pencemaran persekitaran dan kulit kepala berminyak antara penyebab rambut berbau kurang menyenangkan. Bagi yang ada masalah macam ni, kami sarankan korang cuci rambut dengan syampu bersama garam setiap hari untuk detoks segala kotoran.
Tapi ingat, make sure keringkan rambut korang sebelum pakai hijab atau keluar rumah. Ini juga antara tips untuk elakkan masalah sama daripada terus 'menghantui'.
Syampu ideal untuk rambut menawan
Haa.. kalau korang nak tahu, Dove kini memperkenalkan syampu terbaharu mereka iaitu Dove Detox Nourishment yang mengandungi Micellar dan Pink Salt Moisture untuk kulit kepala yang sihat dan rambut menawan.
Lepas dah bercerita panjang lebar tentang kebaikan garam dalam syampu dekat atas tadi, tak keterlaluan kalau kami katakan ini adalah pilihan syampu paling ideal dan terbaik untuk rambut korang.
Kandungan Micellar dalam Dove Detox Nourishment berfungsi sebagai detoks untuk kulit kepala yang berminyak. Tapi apa yang pasti, korang tak perlu risau sebab syampu ini tak menghakis minyak semulajadi rambut sewaktu proses detoks.
Pink Salt Moisture pula membantu menyuburkan semula rambut. Khasiat kelembapan daripada garam berwarna merah jambu ini adalah datangnya dari garam Himalaya tau.
Pendek kata, syampu ini memberi manfaat 2 dalam 1, iaitu detoks tetapi tidak membuat rambut kering sekaligus membantu menyuburkan rambut. Lebih menarik lagi, syampu ini juga lutsinar di mana ia membantu memberi efek rambut yang beralun dan ringan.
Tak perlu susah hati lagi!
Tak perlu susah-susah cari garam di dapur semata-mata nak rambut cantik menawan sebab Dove Detox Nourishment kan ada. Kami yakin dengan kombinasi lengkap yang ada dalam syampu ini, rambut dan kulit kepala korang akan lebih sihat setiap hari.
Paling penting korang pun happy! So, tunggu apa lagi tu? Cepat dapatkan Dove Detox Nourishment sekarang dan bebaskan diri korang daripada masalah rambut. Nak senang, korang boleh je buat pembelian syampu viral ni secara atas talian di Watsons hari ini juga!
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment