Hiburan: April 11, 2020 at 05:57AM
Bekas peserta program Pencetus Ummah, Abu Sufyan mula menjadi tumpuan selepas isu rumahtangganya hangat diperkatakan. Dia kemudiannya menerima kritikan bertubi-tubi dari netizen yang merasakan seorang 'ustaz' tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.
Terbaru, PU Abu sekali lagi dikritik gara-gara bertiktok semasa negara sedang dilanda musibah. Walaupun sudah memohon maaf, nampaknya amarah netizen tidak redha.
Dah calarkan maruah keluarga
Hampir setahun isu aku berkaitan rumah tangga ni berlalu, tapi dalam setahun isu demi isu timbul berkait dengan aku. Satu je word yang aku boleh cakap PENAT. Aku penat nak berhadapan dengan benda-benda viral yang negatif berkait dengan diri aku. Bila aku viral tahun lepas honestly aku kecewa dengan diri aku sebab aku dah calarkan maruah keluarga aku especially ayah aku yang aku boleh consider orang yang dikenali di kawasan aku tinggal. Kalau aku ni jenis sebatang kera takpe juga. Tapi kecewa sebab masih ada family so anything happen mereka akan terpalit.
Aku sajalah nak sebut supaya korang semua faham, aku bukan seorang ustaz. Aku tak layak diangkat sebagai role model untuk masyarakat. Title PU tu pun kebetulan, aku masuk satu pertandingan anjuran astro then aku dapat tu pun terkeluar waktu semifinal. Kalau korang masuk pun ada rezeki korang boleh dapat title tu. Aku akui tindakan aku telah memberi tanggapan negatif pada kawan-kawan aku yang lain sebab tu aku tak suka dan tak nak dipanggil 'ustaz abu' atau 'pu abu'. Lepas aku viral, bila attend mana-mana program orang tanya aku ni pu abu ke? Aku jawab tak pelanduk dua serupa. Sebab apa?Sebab aku sendri pun malu dengan diri sndri. Aku share dekat orang ilmu aku yang sikit ni dengan harapan benda tu boleh bantu kat akhirat nanti. Itu je, tak lebih untuk orang panggil aku ustaz.
Kenapa double standard?
Aku kadang-kadang terfikir kenapa manusia ni suka double standard menilai manusia yang lain, ada orang tu mohon maaf selepas hina rakyat kelantan terima sebagai permohonan maaf. Aku buat salah then mohon maaf dikatakan playvictim. Tak adilnya. Aku ni jenis tak pandai nak create isu untuk dapatkan followers. Sebab tu aku selalu sebut dalam live followers yang aku ada ni pun hasil dari perbuatan aku yang tak baik. Tapi dah ada kan? So aku gunalah dengan sebaiknya untuk cuba bagi sekecil-kecil manfaat. Aku harap masyarakat boleh bagi aku ruang untuk buat benda baik. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Bab rumah tangga kalau nak tahu lebih lanjut dm jelah ye? Kalau aku sempat aku balas ye? Stand aku sama media social bukan tempat yang sesuai untuk cerita perihal rumah tangga aku sebab lebih banyak negatif dari positifnya. Apa pun aku mohon maaf sekali lagi pada seluruh rakyat Malaysia di atas apa yang aku buat selama ni ye.
Sumber : PU Abu Sufyan
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment