Hiburan: April 11, 2020 at 05:29AM
Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, segelintir masyarakat tidak kira warga tempatan mahupun warga asing yang bekerja di Malaysia mengalami masalah kehilangan sumber pendapatan.
Menerusi Twitter Zainatun Adilah, wanita ini berkongsi satu kisah di mana pembantu rumah yang sering mengemas rumahnya mengalami masalah kewangan apabila tiada sesiapapun yang memerlukan perkhidmatannya.
Dah habis wang buat makan
Menurut Zainatun, kakak yang selalu mengemas rumahnya iaitu Kak Nial telah menghantar kiriman pesanan buatnya melalui aplikasi Whatsapp dan bertanya adakah dia mahu perkhidmatan mengemas rumah atau tidak. Tambahnya, dia bingung sekarang kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bilik sewa dan makan.
Mendengar luahan tersebut, Zainatun terus meminta Kak Nial datang ke rumahnya hari Isnin nanti. Dia turut bertanya sama ada wanita itu mempunyai duit makan untuk hujung minggu nanti sebelum datang ke rumahnya. Alhamdulillah, wanita itu memberitahu dia mempunyai sedikit wang dan bekalan makanan seperti beras dan telur.
Terima kasih ambil berat
Di samping itu, Zainatun turut memberitahu bahawa Kak Nial telah mengucapkan terima kasih buatnya kerana mengambil berat. Kak Nial memberitahu juga dia akan cuba membayar semula wang yang telah diberikan selepas tempoh PKP ini ditamatkan. Ini kerana, dia masih mempunyai kudrat untuk berusaha. Rata-rata netizen tuurt berkongsi mengenai kisah pembantu rumah mereka dan ada yang mencadangkan majikan perlu hantar barang dapur sebagai sumbangan semasa PKP ini.
Sumber: Zainatun Adilah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment