Hiburan: April 21, 2020 at 04:13AM
Status hubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya para peminat mereka. Baru-baru ini, Bella telah memuat naik satu perkongsian gambar yang memberi petunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Foto buah pisang dan avocado yang dimuat naiknya adalah sempena kempen kesedaran payudara. Setiap buah memberi makna yang tersendiri kepada seseorang itu.
Sudah berkahwin?
Jika dilihat kepada gambar yang dimuat naiknya, dia telah memilih buah pisang dan avocado yang membawa maksud sudah berkahwin dan sudah dimiliki. Hal ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa dia sudah kembali berkahwin selepas setahun berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2019.
Biar masa menentukan
Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan. Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing.
Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas. Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang
Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Bella dilihat tidak menafikan atau mengaku bahawa dia telah kembali berkahwin. Dia lebih matang dan lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadinya secara terbuka. Dia masih menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan berkenaan status hubungannya bersama Aliff Aziz.
Sumber: Bella Astillah, Astro Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment