Pages

Hiburan: Kanak-Kanak Umur 7 Tahun Jaga ‘Bapa’

Hiburan: April 21, 2020 at 03:58AM

Baru-baru ini, video seorang anak berusia 7 tahun yang menyorong bapanya berkerusi roda di sekitar Kuala Lumpur viral di media sosial. Video yang dimuat naik di akaun Twitter AZ69, ternyata menyentuh perasaan orang ramai sebaik sahaja mereka mengetahui kisah sebenar kehidupan anak beranak tersebut.

Dah 10 tahun kaki patah

Menerusi video berdurasi 0:31 saat itu, sekumpulan individu yang prihatin telah menghulurkan bantuan kepada masyarakat sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang kerja-kerja memberi bantuan, mereka sempat merakam video seorang kanak-kanak lelaki sedang menolak kerusi roda bapanya. Lebih menyedihkan, kaki bapa budak tersebut sudah 10 tahun patah dan besi yang menggantikan tulang pun turut patah.

Di samping itu, netizen turut tersentuh apabila lelaki itu masih memikirkan kesusahan orang lain walaupun mereka juga memerlukan bantuan yang sama. Bahkan, sifat yang ditonjolkan anak beranak ini sekaligus telah membuka mata orang ramai untuk terus bersyukur dan rasa bertuah. Melihat kesusahan yang ditanggung anak beranak tersebut, segelintir netizen meluahkan hasrat untuk mencari mereka dan ingin menghulurkan bantuan. Pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan oleh netizen antaranya wheelchair dan barang dapur.

Aku jumpa abang ni

Terbaru, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amymedusaa berjaya berjumpa dengan anak beranak tersebut sambil memberikan wheelchair yang baru. Tambahnya, dia mendoakan urusan abang itu dipermudahkan selepas menerima kerusi roda baru.

Menerusi temu bual Harian Metro bersama lelaki yang dikenali sebagai Eddy itu, dia menceritakan kisah kehidupannya. Menurutnya, semua yang berlaku berpunca selepas perbalahan adik beradik. Tambahnya, sumber pendapatannya setakat ini ialah meminta sedekah. Mengenai kakinya pula, dia memberitahu bahawa dia terbabit dalam sebuah kemalangan semasa hendak pergi ke kerja 11 tahun yang lalu.

Disoal mengenai anak kecil yang selalu bersamanya itu, dia memberitahu bahawa budak tersebut bukan anak kandungnya tetapi dia yang membesarkan budak tersebut dari kecil. Pada asalnya, dia turut menjaga abang budak tersebut juga. Namun, selepas berusia 17 tahun abangnya itu tinggal bersama datuk angkat.

Sumber: AZ69 & Amymedusaa



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular