Pages

Hiburan: Demi Mencari Nafkah, Tukang Gunting Rambut Di Indonesia Ini Pakai PPE DIY

Hiburan: April 13, 2020 at 05:27AM

Di Indonesia, seorang tukang gunting rambut yang dikenali sebagai Herman Maulanasyah mengambil inisiatif untuk memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa menggunting rambut para pelanggannya.

Menerusi laporan Kompas.com, Herman yang berasal dari daerah Ciawi, wilayah Bagor, Jawa Barat itu mereka sendiri pakaian tersebut demi melindungi dirinya daripada wabak yang sedang melanda seluruh dunia.

Menggunakan plastik untuk melindungi tubuh

Menurut Herman, selain memastikan dirinya tidak dijangkiti wabak yang sedang berlaku, langkah tersebut juga diambil bagi memastikan wabak itu tidak merebak di premis perniagaannya serta para pelanggan. Tambahnya, dia menggunakan plastik untuk melindungi tubuhnya sambil mengubah suai penutup mata dan kepala yang sedia ada. Kasut but hingga ke paras lutut turut dipakai Herman semasa menggunting rambut.

Tujuan lainnya adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas perubatan. Ternyata baju ini sangat panas, apatah lagi apabila mereka yang harus pakai selama 12 jam tanpa makan dan minum.

Pada masa yang Herman memberitahu bahawa dia mengenakan PPE adalah untuk menghormati dan menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berkhidmat menangani wabak pandemik itu.

Perlukan wang demi keluarga

Herman turut berkongsi di mana sejak wabak ini melanda Indonesia, dia hanya mendapat 5 orang pelanggan sehari berbanding 30 orang sebelum ini. Namun, demi mendapatkan wang untuk menyara keluarga, dia tetap membuka kedai gunting rambutnya itu meskipun harga yang dikenakan agak murah.

Kebiasaannya sehari saya mampu memperoleh 30 orang pelanggan. Namun, hanya 5 orang sahaja yang mengunjungi kedai sejak belakangan ini. Saya sudah berkeluarga dan sudah pasti memerlukan wang setiap hari untuk meneruskan kehidupan.

Herman turut menyediakan hand sanitizer dan topeng muka buat pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

Sumber: Kompas.com



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular