Pages

Hiburan: ‘Hanya Beralaskan Batu, Tidak Berdinding’ – Tindakan Terpuji Zul Yahya Undang Sebak

Hiburan: April 13, 2020 at 05:27AM

Pelakon dan pelawak, Zul Yahya, sebelum ini pernah menjadi tumpuan gara-gara membersih dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru, Ipoh. Zul yang kini bergelar usahawan juga sering membuat kerja kebajikan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, Zul Yahya dilihat memberi sumbangan barang keperluan tanpa mengira bangsa dan agama. Tindakannya ini menerima pujian daripada orang ramai.

Allah sayang kita

 

View this post on Instagram

 

Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan berusaha belajar mempunyai sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.. Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat." (Hadis Riwayat Imam Muslim) Iman dan ketakwaan akan menyerlahkan 'dirinya' untuk bersikap prihatin terhadap permasalahan hidup orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan, pasti ia boleh menghapuskannya dan bergaulah manusia dengan akhlak yang baik." Hati dan jiwa cepat terasa dengan keperitan orang lain. Rasulullah memberi jaminan buat umatnya yang bersikap penyayang dan penuh perikemanusiaan itu. Muslim beriman dan bertakwa juga ditampilkan melalui amalan sekecil-kecil untuk hubungkan kasih sayang sesama manusia.. Sabdaan Rasulullah Saw itu boleh dijadikan sebagai suntikan motivasi buat seluruh umat Islam supaya saling berlumba-lumba meraih pahala sebagai penyebar barakah Allah. Abdullah bin Amr mengisahkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, 'Apakah amalan Islam yang terbaik?' Kemudian baginda menerangkan kepadanya, "Engkau memberi makan kepada orang lain dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahu pun yang tidak engkau kenal." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Bahkan ciri² ahli syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang. kita juga disarankan saling berdoa untuk kebaikan orang lain. Indah sungguh didikan Islam membawa manusia beriman dan bertakwa meniti arus kehidupan dunia di atas landasan ukhuwah. Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik. Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. Rasulullah Saw rangkumkan sekali beriman kepada Allah dan hari akhirat dengan bentuk amalan hidup kita dengan manusia lain. Iman dan takwa juga ibarat isi dengan kuku, apabila tercabut salah satunya maka akan cacatla #ALLAHsayangkita

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Video yang dimuat naik cukup menyentuh emosi sehingga ramai yang turut bersedih. Dapat dilihat ramai golongan kurang berkemampuan beratur mengambil sumbangan yang diberi Zul Yahya. Terbaik!

Nikmat dikongsi bersama

Tanpa mengira bangsa dan agama, kasih sayang pelakon ini sama rata sahaja. Di ruangan komen, ramai yang mengagumi dan mendoakan semoga segala amal yang dilakukan Zul Yahya diberkati.

Tersentuh hati

Sumber : Zul Yahya



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular