Hiburan: April 12, 2020 at 03:28AM
Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya turut memberi pandangan peribadi terhadap sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara sektor tambahan yang menarik perhatian ramai adalah perkhidmatan kedai gunting rambut.
Pelakon lelaki itu juga menasihati pengikutnya agar tidak berpusu ke kedai gunting rambut semata-mata untuk memotong rambut mereka. Sebaliknya, mereka perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu.
'Biaq la rambut panjang pun tak pa aih..'
Sharnaaz berpesan kepada umum untuk tidak tergesa ke kedai gunting rambut kerana bimbang risiko penularan wabak. Lain pula dengan kedai hardware yang dibenarkan beroperasi kerana melihat akan kepentingan perkhidmatan itu.
Aku nak pesan, aku tau kerajaan bagi pi kedai gunting rambut. Hampa bawa sabar sat. Gunting rambut ni benda paling last pun tak apa. Bukannya nak pergi show ke… Hampa gunting la rambut sendiri, kalau tak mau pun tak apa. Tak rosak apa pun. Kedai hardware tu tak apa la juga penting. Gunting rambut ni hampa dekat dengan dia. Dia pun dekat dengan hampa.
Tak sah gatallah gunting rambut
Pesanan yang disampaikan pelakon lelaki ini demi kebaikan bersama bagi menghentikan rangkaian penularan wabak berjangkit itu. Risiko untuk menular penyakit itu dalam keluarga anda juga tinggi gara-gara sosial di premis gunting rambut.
Sekarang puasa pun kena puasa dalam kuarantin. Takkan raya nak dalam kuarantin juga kut. Jadi apa aku nak cakap kat hampa ni, untuk kebaikan bersama. Tak sah gatallah gunting rambut. Anak bini kat rumah dok kena. Cuba fikir. Duduk rumah diam-diamlah. Biar pi la rambut, bulu ketiak panjang boleh, takkan rambut tak boleh boskurr.
Sumber: Sharnaaz Ahmad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment