Hiburan: April 13, 2020 at 09:28AM
Tanggal 13 April merupakan tarikh yang paling bermakna buat penyanyi, Faradhiya kerana hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ayahnya. Menerusi Instagram pelantun suara bagi lagu Bertakhta Di Hati ini mengakui bahawa dia merindui ayahnya.
Happy birthday nyawaku
Happy birthday Nyawaku. Selamat ulang tahun yang ke-68 Dada sayang. Seronoknya kalau Dada ada lagi, bahagianya hidup Farah kalau dapat tengok muka Dada,tapi itu semua kalau Da. The truth is u are gone forever,gone but never forgotten. Farah mintak maaf tak dapat jumpa Dada hari ni,sebenarnya dah sebulan Farah tak dapat lawat Dada,things has not been too good for all of us here, semua orang tak boleh keluar rumah buat masa ni Da, patutnya Khamis ni tahlil ke 100 Dada. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan. He has better plans.
Dalam keadaan sekarang, I'm happy. Alhamdulillah, Dada dah selamat bersama-Nya,definitely at a better place. Only God knows how much I miss u,it pains me so much that I can't visit you. Insyaallah soon Dada,tunggu Farah dtg ya.Doa Farah tak pernah berhenti utk Dada. I miss u,I miss u so much. Walaupun Dada tak ada depan mata Farah, Dada bersama dia, pencipta kita semua yang menjanjikan pertemuan kita kembali di Syurga milik yang Satu,Insyaallah.
Ya Allah Ya Tuhanku,Ampunilah dosa dosa ayahku Mohamed Amin bin Zubir,kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahan dia,Muliakanlah kedatangannya padaMu Ya Allah dan lapangkanlah kuburnya seluas2nya. Terimalah segala kebaikannya dan hapuskanlah segala kesalahannya dgn RahmatMu,tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman. Ya Allah Ya Tuhanku,jagakanlah dia untukku wahai Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang,Aminnnn. Al-Fatihah (dibaca).
Menurut Faradhiya, hari ini merupakan hari lahir ayahnya yang ke-68. Namun, ayahnya sudah tiada lagi dan pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Sebagai seorang anak, dia meminta maaf kerana tidak dapat menziarahi kubur ayahnya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi sekarang. Tambahnya, Khamis ini genap 100 hari kenduri tahlil ayahnya. Faradhiya turut berharap roh arwah ayahnya itu berada di sisi orang-orang yang beriman. Ungkapan rindu dan sedih turut diluahkan penyanyi itu.
Selamat pulang ke penciptamu
Terdahulu, ayahnya iaitu Mohd Amin Zubir yang dipanggil 'dada' menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari lalu akibat sekatan pulmonari kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok. Rata-rata peminat dan rakan artis meninggalkan komen salam takziah buat Farahdhiya.
Sumber: Farahdhiya
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment