Pages

Hiburan: Kementerian Pengajian Tinggi Teliti Cadangan Bawa Pulang Pelajar IPT ‘Terkandas’ Di Kampus

Hiburan: April 11, 2020 at 03:49AM

Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato Dr Noraini Ahmad menerusi akaun Twitternya ada memaklumkan bahawa dia dan pihak kementerian akan meneruskan perbincangan untuk menghantar para pelajar institusi pengajian tinggi yang masih terkandas di kampus pulang ke kampung halaman mereka.

Sebelum ini, mereka diarahkan untuk kekal berada di premis (kampus) berkenaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Bakal dihantar pulang

Menerusi tweet yang dimuatnaik, Dr Noraini memberitahu pihaknya akan meneliti dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Para pelajar yang masih berada di kampus dikatakan akan dihantar pulang ke kampung masing-masing memandangkan tempoh PKP yang telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Pengumuman tersebut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas.

Menurut Dr Noraini, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri dan akan mengemukakan langkah terbaik untuk menghantar para pelajar pulang ke rumah masing-masing disamping memastikan keadaan mereka sihat dan selamat.

Cadangan sekiranya PKP dilanjutkan

Sebelum ini seorang pengguna Facebook, Nik Aminudin Nss turut mencadangkan agar para pelajar institusi pengajian tinggi dihantar pulang ke kampung masing-masing sekiranya tempoh PKP dilanjutkan.

Individu ini juga turut mencadangkan supaya pihak kerajaan menjalinkan kerjasama dan menggunakan khidmat pengusaha-pengusaha bas ekspres tempatan dengan membuat rundingan pembayaran yang minima. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan menghantar para pelajar.

Langkah ini juga perlu dititikberatkan oleh pihak universiti dengan menyediakan SOP dan perancangan yang sistematik supaya para pelajar dapat pulang dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Jadual akademik disusun semula

Tambahnya lagi, seperti yang kita sedia maklum bahawa segala perbelanjaan makanan dan minuman para pelajar IPT yang terkandas ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Oleh hal yang demikian, Nik Aminudin mencadangkan agar perbelanjaan makanan yang diperuntukkan kepada para perlajar berkenaan boleh digunakan sebagai bayaran pengangkutan untuk membawa mereka pulang ke kampung masing-masing.

Sumber: Dato Dr Noraini Ahmad, Nik Aminudin Nss



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular