Hiburan: April 11, 2020 at 04:18AM
Setiap kakitangan perubatan semestinya mempunyai pelbagai pengalaman dalam merawat pesakit. Lebih mencabar apabila mereka terpaksa berhadapan dengan para pesakit yang mempunyai sikap kurang menyenangkan sehingga boleh menimbulkan kekacauan di hospital.
Begitulah kisah yang dialami oleh Dr Ahmad Samhan apabila dia dipertemukan dengan seorang pesakit yang sangat 'demand' dan inginkan layanan seperti VVIP. Lebih mengejutkan apabila pesakit berkenaan mengugut untuk membawa isu ini kepada peguam gara-gara doktor meninggikan suara kepadanya.
'Kluster dari kayangan'
"You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i". "Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar". "Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? Aku call lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!".
Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan. Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bukan tak tahu,kawasan hospital tak boleh hisap rokok. Bila dilarang, "Bukan hisap rokok,vape lah!".
Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi. Dah kata jangan keluar negara. Tapi semua penerbangan ke luar negara penuh. Bila pulang bawa virus. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah. Bilik tak ada aircond lah. Makanan tak sedap lah.
Kita hidup didunia tidak lama
Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1000 orang. Hina staff kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada cable besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah! Nak aja beritahu covid, " Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh". Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle. Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungut.
Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum. Bila kita beri arahan,mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat. Bila di kuarantin, ramai staff kesihatan terkesan melihat mereka. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat. Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner yang menguruskan kluster dari kayangan. Kami merawat tak kira bangsa,agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja. Sebab virus ini tak kenal siapa. Yang kaya,yang miskin, semua ada risiko untuk kena. Ingat, kita hidup didunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.
Sumber: Dr Ahmad Samhan
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment