Pages

Hiburan: ‘Mulianya Hati’ – Kisah Penghantar Makanan Sepanjang PKP Buat Ramai Tersentuh Hati

Hiburan: April 10, 2020 at 07:35AM

"Saudara saudari, duduklah di rumah dan luangkan masa bersama keluarga".

Itu pesan Perdana Menteri kita sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Setakat ini, PKP menunjukkan hasil positif apabila kes jangkitan Covid-19 di Malaysia mula menurun.

Tapi dalam kita selesa duduk di rumah, jangan lupa masih ramai wira-wira negara di luar sana yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi rakyat dan negara. Pemandu dan rider Grab antara hero yang kini menjadi bualan netizen. Jom kami kongsikan!

1. Tak lokek berkongsi rezeki

Tak menang tangan. Ini mungkin istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi rider GrabFood sepanjang tempoh PKP. Namun, walau mereka masing-masing dihambat tugas dan tanggungjawab, ramai pula di antara rider ini mengambil inisiatif untuk bekerja sambil beramal.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana nasib golongan yang kurang berkemampuan sewaktu tempoh PKP, kami yakin perkongsian ini mungkin boleh jadi antara berita yang cukup melegakan. Apa yang mengejutkan, hasil carian di media sosial,  team rider kita antara pasukan yang kerap turun padang berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Ini termasuklah membantu golongan orang kurang berkemampuan dan golongan gelandangan. Lebih mengagumkan, ada juga rider yang membantu menghantar makanan dan barangan keperluan yang disumbangkan oleh orang awam ke beberapa lokasi seperti masjid tanpa mengenakan sebarang caj. Memang terbaiklah!

2. Setia bersama barisan hadapan

Apa yang lebih membanggakan kami, pasukan rider dan pemandu Grab ini jugalah yang sebenarnya sama-sama membantu petugas barisan hadapan seperti doktor, polis dan tentera sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Setiap hari, merekalah yang menghantar doktor dan jururawat ke hospital dan mereka jugalah yang setia menghantar makanan serta keperluan kepada frontliners. Benarlah kata orang, di saat dilanda musibah begini, pentingnya untuk kita jaga kita!

3. 'Terima kasih banyak ya…' – Netizen

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, rider GrabFood antara pasukan penghantar makanan yang boleh dikatakan paling sibuk dan sangat diperlukan. Walaupun begitu, bermula dari sarapan hinggalah ke makan malam, mereka tak pernah jemu melayan permintaan pelanggan.

Sehingga hari ini, ratusan posting dengan ucapan penghargaan mula membanjiri media sosial. Rata-ratanya ditujukan khas buat rider Grab Food. Tak kurang, netizen kita pun mula berkongsi kebaikan dengan menghadiahkan rider makanan, hand sanitizer dan banyak lagi lah!

Ayuh, berikan sokongan kepada wira negara kita!

Tak kisahlah mereka doktor, polis, tentera, posmen, penghantar makanan atau pemandu e-hailing sekalipun. Bagi kami, mereka semua tetap wira negara. Bukan senang nak bekerja di luar sana sewaktu penularan wabak merbahaya ni. Selain terpaksa berdepan virus Covid-19, mereka juga masing-masing kena berhadapan dengan tekanan emosi dan bahaya sekeliling.

Apa pun, sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ni, kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan jadilah masyarakat yang prihatin. Elakkan sebar cerita palsu terutamanya bila melibatkan penghantar makanan. Periksa dulu sebelum kongsi. Jangan buat team rider kita hilang semangat ya.

Sama-sama kita kongsi kebaikan

Sebagai menghargai jasa baik mereka, jangan lupa berilah review yang terbaik untuk rider dan pemandu Grab. Paling best, korang boleh sediakan sedikit tip, makanan, minuman, facemask atau hand sanitizer untuk buat mereka happy.

Tips yang paling terbaik, kalau korang nak kongsi lebih kebaikan buat mereka yang memerlukan, korang juga boleh guna mata ganjaran GrabRewards terkumpul untuk disumbangkan kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) tau. Lebih mudah kan?

Kami di OHBULAN! dan Grab Malaysia mengajak korang untuk sama-sama berkongsi dan sebarkan kebaikan. Paling penting, duduk diam-diam di rumah supaya kita dapat memutuskan rangkaian jangkitan secepat mungkin. Di saat negara ditimpa musibah begini, ambillah peluang untuk saling melengkapi, bantu membantu dan #RideItOutBersama!

Sebarang maklumat lanjut tentang inisiatif yang ditawarkan oleh Grab bagi membantu pelanggan, pemandu, rider dan merchants terlibat, korang boleh layari laman sesawang Grab harini juga.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular