Pages

Hiburan: Pemilik Kereta Mewah Berkuasa Tinggi Langgar Viva, Bayar Ganti Rugi Dengan Myvi

Hiburan: April 10, 2020 at 07:14AM

Pemandu kereta mewah berkuasa tinggi bernasib malang apabila terlibat dalam satu kemalangan bersama kenderaan lain. Kereta mewah jenis Lamborghini Huracan itu didakwa dipandu laju sebelum melanggar belakang kereta Perodua Viva. Walau bagaimanapun, sikap bertanggungjawab pemandu kereta mewah itu harus dipuji. Dia dikatakan membeli sebuah kereta baru untuk menggantikan kereta Perodua Viva yang dilanggarnya.

Langgar belakang Viva

Video rakaman dashcam dari Xiiao Yong yang kebetulan berada di tempat kejadian memparkan insiden antara dua buah kereta tersebut. Kereta Lamborghini itu dilihat dipandu laju pada kawasan menurun bukit sebelum melanggar belakang Perodua Viva yang berada di hadapannya. Kejadian berlaku di sekitar kawasan perumah di Petaling Jaya.

Ganti Viva dengan Myvi

Berdasarkan Facebook Azman Nor, pemilik kereta mewah Lamborghini itu telah membeli sebuah kereta Perodua Myvi sebagai ganti rugi kereta yang dilanggarnya. Tiada kecederaan parah dilaporkan ketika kejadian. Sikap tanggungjawab pemandu kereta mewah tersebut harus dipuji kerana dia mengaku bersalah atas kecuaian memandu.

Sumber: Xiiao Yong, Azman Nor



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular