Hiburan: April 24, 2020 at 03:43AM
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Setiap kali beliau membuat ucapan, pasti diselitkan dengan gaya beliau yang bersahaja berseloroh sambil berjenaka. Di akhir ucapan beliau, dihiburkan dengan beberapa jenaka yang meluckan hati rakyat. Sempoi habis!
Masakan tak jadi pun tak apa
Beliau menasihati umat Islam di Malaysia agar bertabah menyambut bulan Ramadan kali ini kerana tidak dapat melakukan aktiviti seperti kebiasaannya. Walaupun masyarakat tidak lagi dapat berkunjung ke bazar Ramadan, bagi beliau keselamatan dari terkena jangkitan Covid-19 lebih penting.
Pada masa yang sama, suami perlu makan masakan isteri dan amalkan sikap kurang membazir. Amalkan sifat bersederhana ketika menjalani ibadah puasa. Dia turut berseloroh, jika masakan si isteri tidak menjadi, boleh muat naik gambar masakan yang tidak jadi itu ke dalam group Facebook.
Insan yang berjiwa rakyat
Rata-rata rakyat tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh beliau. Hal ini kerana beliau seolah-olah memahami jiwa rakyat. Tutur kata yang lembut dan bahasa yang mudah faham mendekatkan lagi hubungan seorang Perdana Menteri dan rakyat.
Bahasa yang mudah faham
Sumber: BuletinTV3
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment