Hiburan: April 24, 2020 at 03:53AM
Ustaz Ebit Lew memang dikenali sebagai seorang yang pemurah dan sering membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan sejak wabak COVID-19 melanda negara kita.
Namun, bantuannya kepada sebuah keluarga miskin yang sebelum ini hidup bergelumang sampah mengundang perdebatan pelbagai pihak termasuklah pendakwah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew.
Menurutnya, berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah adalah perbuatan hram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.
Meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan kepada siapa, namun netizen membuat andaian bahawa kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew. Rata-rata netizen kurang senang dengan apa yang dikatakan olehnya dan mengecam pendakwah itu.
"Saya tak tahu apa-apa. Bukan dituju pada dia" – Ustaz Abu Syafiq
Enggan salah faham terus timbul dan isu itu berpanjangan, Ustaz Abu Syafiq tampil memberi penjelasan sebenar mengenai perkara itu menerusi Facebook Live.
Menurutnya, status tersebut sebenarnya merujuk kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar atau video orang miskin yang diberi bantuan kerana bimbang akan memalukan mereka.
Ustaz Abu Syafiq turut menafikan status itu ditujukan kepada Ustaz Ebit kerana dia langsung tidak tahu menahu mengenai pendakwah berbangsa Cina itu serta derma atau bantuan yang dihulurkan.
Tambahnya lagi, sebagai umat Islam harus menutup aib sebagaimana Allah SWT menutup aib kita semua.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment