Hiburan: April 23, 2020 at 08:13AM
Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah dilihat sering bertungkus lumus berusaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan diisytihar kerajaan. Video dan gambar yang dimuat naik oleh beliau sering membuat orang ramai terharu dan sebak. Bukan itu saja, tindakan beliau turut tidak disenangi beberapa pihak kerana dia seolah-olah menunjuk-nunjuk.
Oleh hal demikian, seorang rakan dakwahnya Ejay Da'ie berkongsi sedikit latar belakang Ustaz Ebit Lew menerusi Facebook. Menurut Ejay, Ustaz Ebit sememangnya taksub dengan kerja amal dan dakwah sejak dari dahulu lagi. Keperibadian beliau yang mulia dan murni tidak boleh dinafikan.
Taksub dengan dakwah & kerja amal
MasyaAllah terkejut juga bila buka Facebook tengok banyak posting berkenaaan Ustaz Ebit Lew. Saya pun nak kongsi jugalah sikit pasal beliau. Jangan kecam saya.
2, 3 hari ni saya agak busy sampai nak tengok Facebook pun tak sempat. Dok uruskan hal rumahtangga. Tapi kali ni Allah bagi izin untuk tulis sikit cerita pasal Ustaz Ebit Lew yang kena kecam dan tengah viral sekarang ni walaupun beliau memang dah sedia viral sokmo.
Dulu Ustaz Ebit selalu wasap dan call tanya khabar dan ajak keluar kat KL buat street dakwah hari minggu. Ada masa tanya khabar tentang artis-artis yang nak jumpa untuk taskel dan borak-borak santai atas maksud Dakwah. Kadang-kadang dia ajak untuk bagi-bagi sumbangan kat gelandangan-gelandangan di sekitar Kl. Saya pun pelik ustaz ni tak reti penat ke asyik buat kerja ni je. Rupanya memang dia taksub dengan kerja ni. Suka buat amal dakwah dn kebajikan.Tak peduli dan tak malu apa orang nak kata. Setiap tutur kata-kata pasti menusuk kalbu. Hati tisu. Airmata sentiasa di kelopak matanya menangisi ummat yang jauh dari Agama dan yang hidup susah. Minggu lepas dia bagitau saya tak lena tidur sebab risau. Risau dengan keadaan ummat hari ini. Allahu.
Bukan niat menunjuk
Bila di ajak bagi bayan masa keluar rehlah dan masa keluar di sekitar KL serta luar kawasan pun ustaz sedia je melainkan jadualnya penuh. Padahal takde upah apa pun. Kalau ada duit saguhati dari nak bagi beliau akan tolak melainkn itu adalah official dari Masjid atau kementerian yang panggil. Ustaz cakap bagilah kat orang-orang yang lebih memerlukan. Setiap bagi ceramah atau bayan mesti beliau sebak dan menangis. Memang terkesan tambahan dok depan-depan pula. Huhu. Itulah Ustaz Ebit Lew.
Berkenaan ustaz suka buat posting bila keluar bagi sumbangan dan street dakwah tu bagi saya satu sebab yang besar adalah untuk bagitau semua orang supaya semua orang pakat dakwah dan sama-sama membantu serta jadi asbab kebaikan untuk orang lain juga. Ramai yang terkesan dengan cara beliau. Nampak macam menunjuk tapi hakikat sebenarnya adalah dapatlah sama-sama dapat manfaat dan memberi sumbangan. Kalau tak iklan macam mana nak orang nak tau. McD hari-hari buat iklan. Sama juga dakwah dan beri sumbangan juga kena iklan. Cuma cara je berbeza. Ikhlas tak ikhlas itu urusan Allah Taala. Kita tak layak menilai. Nama lagi Facebook (Muka buku) memang kena tunjuk muka lah.
Niat seseorang Allah sahaja yang tahu
Saya pun masa nak buat surau yang dah 20 tahun terbengkalai pun buat live video dan asbab tu ramai yang tau dan beri sumbangan sampailah surau tu sekarang siap sepenuh dan orang kampung tu dpt kebaikan serta orang yang beri sumbangan pun dapat ganjaran. Saham akhirat. Alhamdulillah.
Hati dan niat seseorang Allah je yang tau kita ni sebagai manusia jangan ambil kerja Allah. Sama ada dia ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan Allah, kita wajib bersangka baik kerana ulamak bagitau sangka buruk pun adalah satu dosa. Apatah lagi yang dok mengata dan dok menghentam Ustaz Ebit apa yang beliau telah lakukan. Dengan merasakan diri lebih mulai dan baik dari orang lain itu adalah tipu daya syaitan. Ada tak dia bagitau berapa banyak duit dia habis untuk bagi kat orang-orang susah? Ada tak dia mintak apa-apa balasan dari kerja dakwah dan kebajikan yang dia buat. Takde kan? Orang nak tengok, tengok lah tak nak sudah. Taknak bantu pun takpe takde masalah bagi ustaz, kan.
Pelik dengan manusia yang buruk sangka
Saya pun pelik dengan manusia yang suka buruk sangka dan mencaci Ustaz Ebit padahal dia tak buat salah pun. Bukannya posting dia pasal memburukkan orang lain. Ini crita benar. Orang kata biar muka hitam tapi jangan hati hitam. Gagak suka cari bangkai tapi lebah suka cari madu. Kalau yang keburukan di cari memang akan jumpalah. Tapi kalau kebaikan yang di cari maka akan nampaklah kebaikannya.
Panjang lagi nak cerita pasal Ustaz Ebit ni tapi takpela. Lain kali la pulak. So kesimpulannya jangan sangka buruk walaupun orang tu tengah buat kejahatan sekalipun. Kena doa hidayat untuk beliau. Apatah lagi orang yang buat kebaikan maka kita kena sokong lah sebab kita tak mampu buat begitu. Pakat doa yang tebaik dan semoga segalanya jadi asbab kebaikan dan hidayat. InshaAllah.
Saya dengan ini sentiasa menyokong penuh Ustaz Ebit walau apa pun yang beliau lakukan. Semoga Ustaz Ebit sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa jadikan dakwah sebagai maksud hidupnya memberi manfaat serta kebaikan untuk ummat sampai akhir hayatnya. Aamin. Rindu ustaz lama tak jumpa. Terbaik Ustaz Ebit Lew
Sumber: Ejay Da'ie
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment