Hiburan: April 23, 2020 at 08:13AM
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masyarakat dilarang untuk keluar dari rumah dan mengadakan aktiviti yang melibatkan penglibatan orang ramai. Susulan daripada itu, segala program ceramah juga tidak dapat dianjurkan sepanjang tempoh PKP ini.
Menerusi Facebook Ustaz Mohd Kazim, beliau meluahkan pandangannya mengenai musibah yang tengah melanda serta persepsinya terhadap masyarakat yang sering menilai orang lain tanpa melakukan tindakan yang wajar.
Ambil duit dari mana
Musim-musim covid ni ditambah pula ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula, kereta apa pun tak teringin dah. Dulu dok usha juga velfire ke vampire ni. Tapi sekarang ni tak ada nafsu lagi dah. Tapi yang bestnya, masa PKP ni la minyak murah pula. Bukannya berjalan ke mana pun. Tapi tetap bersyukur la kan?
Tak tau bila boleh berceramah macam dulu-dulu balik. Apapun kena redha je. Pasni kalau ada ceramah naik grab je la, tak payah fikir banyak, bab minyak ke, spare part ke, kereta rosak tengah jalan le, kemalangan la. Macam-macam kena fikir. Tambah-tambah ada orang pula dok komplen ustaz-ustaz pakai kereta besar ambil duit daripada mana?
Kesian dekat ustaz-ustaz ni, pakai apa pun salah. Tu la lain kali jadi anak orang besar, pakai la bapak kereta pun tak ada siapa tanya. Tang ustaz tu kaw-kaw kena perli. Tak pun naik YSuku je pi ceramah, kalau jauh naik bas express. Sampai stesen bas minta penganjur jemput. Tak ada la orang tanya dari mana beli kereta.
Tegur dengan baik
Lagi senang tak payah pi ceramah, dok rumah diam-diam, buat ceramah dalam FB Live je. Cakap sorang-sorang lagi senang. Zaman sekarang ni semua salah, tolong orang pun salah kalau tak kena gaya. Itulah mulut manusia. Kalau nak layan semua maka semuanya tak bergerak padahal yang dok komplen tu, dia sendiri tak bergerak-gerak.
Buatlah baik, tolong-menolonglah pada perkara baik dan taqwa jangan tolong menolong kepada perkara dosa dan permusuhan. Kalau ada perkara yang baik nampak tak berapa cantik tegurlah dengan baik, cakap baik-baik maka semuanya, insyaAllah akan jadi baik. Balik kepada kereta, pakailah ikut kemampuan dan sebab apa nak pakai.
Cuma saya nampak lepas ni kalau pi ceramah, minta penganjur ambil di rumah tak pun naik bas xpress kalau seberang laut, tumpang tongkang Rohingya pun boleh. Mungkin dah kena buat persiapan mugkin tak ada ceramah atau kuliah dalam tempoh tertentu, pa alternatifnya?Kalau dah tak ada ceramah, saya dok nampak nak buat bisnes mask. Bagus juga tu marketnya, cuma jangan bocor sudah la.
Sumber: Ustaz Kazim Elias
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment