Pages

Hiburan: Remaja 15 Tahun Hilang Keluar Beli Paracetamol Ditemui Belakang Rumah Kosong

Hiburan: April 9, 2020 at 02:20PM

Kisah kehilangan seorang pelajar tingkatan tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre yang dilaporkan hilang sejak hari Isnin lalu menjadi viral di media sosial hari ini.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut berjaya ditemui di belakang sebuah rumah kosong di kawasan perumahan mereka di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di Sungai Petani, Kedah.

Di belakang rumah kosong

Sekadar gambar hiasan

Menurut kakak Nor Aleya Natasha iaitu Siti Nazira memberitahu adiknya ditemui oleh penduduk bersama sekumpulan individu pada pukul 3 petang hari ini. Tambahnya, seorang wanita telah memaklumkan kepadanya bahawa adiknya itu ada di belakang rumah kosong berkenaan.

Saya dan keluarga bergegas ke tempat berkenaan, dan ketika kami tiba, lelaki berkenaan melarikan diri. Kami segera membawa Natasha ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk memaklumkan penemuannya.

Setakat ini, Natasha hanya mengatakan dia dikurung di dalam rumah kosong itu sebelum dibawa keluar oleh beberapa lelaki tengah hari tadi. Apa pun kami bersyukur dia dapat ditemui dengan selamat. Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Setelah berjaya menemui Aleya, Nazira memberitahu bahawa mereka telah membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Tidak membawa dokumen pengenalan diri

Terdahulu, remaja berusia 15 tahun itu dipercayai keluar ke kedai runcit untuk membeli paracetamol. Namun, keluarganya mula risau selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam dan cuba mencarinya. Mereka hanya menemui motosikal dinaikinya di kawasan kebun sawit dalam keadaan tidak berkunci. Remaja tersebut juga dipercayai tidak membawa dokumen pengenalan diri. Keluarga Nor Aleeya turut membuat laporan di Balai Polis Bedong hari Selasa lalu, selepas mereka gagal mengesannya.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular