Pages

Hiburan: Tamatkan Perintah Berkurung Bukan Jaminan Covid-19 Akan ‘Hilang’ – Ketua Pengarah WHO

Hiburan: April 20, 2020 at 07:11AM

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus yakin bahawa kesemua negara boleh mengatasi musibah yang tengah melanda kerana sebelum ini mereka berjaya mengatasi pelbagai pandemik .

Menerusi laporan UN News, beliau turut memaklumkan bahawa penghapusan sekatan untuk wabak Covid-19 di semua negara bukanlah penghujung buat wabak ini, malah merupakan permulaan fasa yang baru di mana semua masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Mempersiakan peluang pertama

Menurut Tedros, kebanyakan negara seluruh dunia telah mempersiakan peluang pertama menangani COVID-19 dalam tempoh dua bulan yang lalu dan peluang kedua ketika ini wajar dimanfaatkan sebaik mungkin. Tambahnya, banyak nyawa akan terkorban sekiranya setiap negara tidak membuat keputusan yang tepat dan mengambil tindakan yang tidak wajar bagi membasmi wabak yang tengah melanda.

Sesetengah negara kini cuba menilai bagaimana mereka dapat kurangkan kesan akibat tindakan itu. Jawapannya bergantung kepada apa yang dilakukan oleh negara berkenaan ketika langkah ini dilakukan. Sebagai contoh, China. Mereka berjaya mengekang virus itu apabila mempraktikkan tindakan seperti perintah penutupan atau perintah berkurung secara tegas di Wuhan.

Pada masa yang sama, beliau mengakui banyak tindakan baharu perlu diambil oleh beberapa negara meskipun ianya akan memberi impak yang besar terhadap keadaan ekonomi mereka seperti penutupan premis perniagaan, pembatalan acara sukan dan perintah berkurung terhadap rakyat.

Membasmi musibah yang melanda

Permintaan supaya orang ramai jangan keluar rumah, sekali gus membataskan pergerakan bagi mengurangkan tekanan terhadap khidmat rawatan dan kesihatan antara pesanan khas Tedros buat semua masyarakat di seluruh dunia agar wabak tersebut dapat dihapuskan.

WHO meminta semua negara yang mengisytiharkan perintah berkurung untuk menggunakan 'peluang kedua' ini bagi membasmi COVID-19, anda sudah membuka satu lagi ruang untuk melawan kembali. Mereka juga boleh melaksanakan sistem untuk mencari setiap kes disyaki pada peringkat komuniti, meningkatkan pengeluaran, keupayaan dan kesiapsiagaan ujian.

Usaha mengenal pasti, menyesuaikan dan melengkapkan kemudahan untuk merawat serta mengasingkan pesakit juga boleh dilakukan. Ini boleh membantu pembangunan pelan dan proses yang jelas untuk kuarantin terhadap kontak dan menumpukan semula usaha seluruh kerajaan untuk mengawal serta membasmi COVID-19.

Selain itu, beliau turut menasihatkan agar semua negara mengambil langkah segera seperti memperluas, melatih dan menggerakkan penjagaan kesihatan. Langkah terbaik yang dilakukkan bakal menghentikan jangkitan dan potensi virus itu menyerang semula agak tipis. Mengulas mengenai negara China, beliau memberitahu negara tersebut telah mengambil langkah drastik sejak dua bulan lalu, selain kini menghasilkan bekalan perubatan hampir ke seluruh dunia.

Usaha tersebut merupakan satu usaha yang baik kerana negara-negara yang kurang berkemampuan bakal memperoleh sokongan juga. Terdahulu, beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas dukungannya untuk memerangi virus global. Arab Saudi telah menyumbangkan 500 juta A.S dolar kepada organisasi antarabangsa yang relevan untuk menyokong usaha global dalam memerangi wabak yang sedang berlaku.

Sumber: UN News



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular