Pages

Hiburan: ‘Saya Tak Pernah Ambil’ – Pegawai Bank Buka Mulut Selepas 27 Tahun Kisah Curi 1 Sen Viral

Hiburan: April 20, 2020 at 07:18AM

Kami pasti semua pernah mendengar kisah seorang Eksekutif Bank yang licik telah merompak duit pelanggan hanya 1 sen tanpa disedari orang ramai. Kisah berlaku sekitar tahun 1990-an ini pasti menjadi persoalan ramai orang. Bayangkan hanya bergaji RM1800, beliau mampu membeli pelbagai kereta mewah yang dibeli tunai. Hebat kan?

Di Facebook, seorang lelaki yang mengaku dirinya individu tersebut tampil berkongsi perkara sebenar. Menurutnya dia tidak mencuri 1 sen pun duit dari pelanggan.

Terkejut tuan badan respon

Terkejut kejap bila Aman Shah sendiri yg reply komen, Kenal tak xxx? Yang kes curi 1 sen dari akaun bank tahun 90 an dahulu. Hehe. Kami dari kecik dah dengarr cerita pasal xxx ni sebab our Mama was once a banker. Tak sabar nak tgk Astro Shaw. Katanya nak buat movie/dokumentari pasal kes ni.

Wanita ini terkejut apabila individu yang pernah mengemparkan negara dengan kes 1 sen membalas komennya di satu posting. Menurutnya dia sering mendengar kisah ini dari ibunya yang merupakan seorang pegawai bank. Namun tidak sangka komen itu mendapat respon tuan empunya badan sendiri.

Hanya orang pintar berfikir sahaja tahu

Beritahu mama u, saya tak curi 1 sen pun. Mama siapa nama? Mana tahu saya kenal. Endingnya hanya yang pintar berfikir sahaja tahu. Dan saya disini dalam Facebook untuk ketika ini.

Menurut bekas eksekutif terbabit, dia tidak pernah mencuri duit 1 sen tersebut dan hanya orang yang pintar sahaja tahu mengenai perkara ini. Orang ramai seakan tidak pernah individu terbabit adalah tuan empunya badan sendiri.

Tak pernah ambil 1 sen

Cuma satu kekesalan saya ialah apabila menghadap Allah nanti, dia tanya apa saya buat dengan ilmu diberikan kepada saya di dunia ini.

Dia tidak menafikan bahawa dia duduk dalam penjara selama 3 tahun 3 bulan atas kesalahan yang dilakukan namun bukan mencuri 1 sen. Dia turut memberitahu bahawa tidak pernah kesal dengan apa berlaku kerana dia seorang bertanggungjawab namun dia risau untuk mengadap Illahi kelak.

Astro pernah nam buat filem

Saya sedar saya lakukan kesalahan, saya sedar saya membuat orang tertanya-tanya. Maka saya terangkan dengan ringkas tak pernah ambil duit satu sen pun dari setiap akaun. Kekesalan saya lebih menusuk apabila saya berhadapan dengan Allah. Antara saya dan Allah teramat berat.

Walau bagaimanapun, dia tidak pernah kesal dengan perbuatan yang dilakukan namun dia sedar dia bersalah. Respon itu menjadi tanda tanya ramai orang memandangkan ianya pernah dengan rahsia. Menurutnya lagi selepas bebas dari penjara, dia merantau keliling dunia dan kini lebih kepada persiapan menghadap Allah.

Apa-apa pun kenyataan ini tidak pasti sama ada benar atau tidak individu tersebut merupakan eksekutif yang pernah mengemparkan dunia satu ketika dahulu.

Sumber : Razeqiah



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular