Hiburan: April 10, 2020 at 07:14AM
Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat, Kelantan iaitu Mohd Irman Mat berkongsi cerita sebak mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang dikuarantikan akibat Covid-19 sendirian. Berbeza pandangannya dari pesakit positif yang lain, anak tahfiz ini sentiasa ditemani dengan Al-Quran sepanjang tempoh kuarantin.
Apabila ditanya mengenai ibubapanya, kanak-kanak ini hanya bisukan diri dan tidak menjawab soalan itu. Ternyata, dia merupakan anak yatim piatu yang menetap di kediaman tahfiz.
Anak tahfiz dah boleh discharge
Alhamdulillah… Hari ini adik Alhan, anak tahfiz dah boleh discharge selepas berada d sini lebih kurang 5 hingga 6 hari sebelum itu di Hospital Pasir Mas, 10 hari (suspek jangkitan COVID-19). Syukur pada mu ya ALLAH.
Hari pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa (tanpa gajet, hanya bertemankan Al-Quran). Mula-mula sekali perkataan yang dia kata. Puas abe!! Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia, walaupun tahu risiko jika duk lama-lama.
Tanya ibu bapa duk mana, dia senyap… Nampak lain muka dia. Aku cuba risik tanya orang-orang, rupa-rupanya adik Alhan ini anak yatim piatu. Lepas pada itu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal. Aku meluangkan sekejap masa 5 atau 10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.
Adik Alhan negatif
Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan apa. Aku cuba pergi beli untuk dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan tapi bolehlah berkongsi sedikit rezeki. Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal. Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar.
Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek Covid-19 tapi duduk di wad lain. Walaupun aku tahu kontak bila berhubung dengan suspek Covid, adik Alhan negatif.
Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi diluar. Inshaallah. Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan tapi tak cekap nak menaip dah. Kesimpulan aku di sini, cuba kita bayangkan anak itu anak kita yang tak pernah berpisah dengan kita. Terpaksa hidup keseorangan kerana virus Covid-19 yang kita pandang remeh. Jadi, turutilah arahan PKP.
Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dhormati. Tapi sekadar perkongsian untuk kita bersama. Luahan aku seorang pengutip sisa klinikal. Assalamualaikum.
Sumber: Mohd Irman Mat
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment