Pages

Hiburan: Terima Pelanggan Waktu Pandemik, Tukang Gunting Rambut Maut Akibat Covid-19

Hiburan: April 11, 2020 at 07:36AM

Seorang pemilik kedai gunting rambut di Mississippi, Amerika Syarikat disahkan meninggal dunia selepas dirinya dijangkiti wabak maut, Covid-19. Lebih menyedihkan apabila mangsa meninggal dunia beberapa hari selepas menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-46.

Tukang gunting rambut terkenal

Menerusi laporan yang dipetik daripada WJTV memberitahu, mangsa yang dikenali dengan nama Eugene Thompson merupakan seorang tukang gunting rambut yang sangat terkenal dan disukai ramai. Malah, nama Eugune sangat sinonim dan cukup popular dalam kalangan tukang gunting rambut diseluruh negara sehingga ada yang menjadikkannya sebagai mentor.

Berita kematian Eugene telah mengejutkan penduduk di kawasan itu terutamanya dalam kalangan pelanggan-pelanggannya. Difahamkan, mangsa yang berusia 46 tahun itu dipercayai terkena jangkitan selepas dia menawarkan khidmat menggunting rambut ketika negara dikuarantin.

Tutup kedai selama seminggu

Menerusi satu perkongsian Eugene di laman Facebooknya, dia yang memiliki 2 buah premis gunting rambut itu dikatakan telah menutup kedua-dua premisnya selama seminggu disebabkan dia jatuh sakit. Eugene juga memberitahu bahawa dirinya kini sedang mengalami demam dan memerlukannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Eugene disahkan positif virus tersebut pada 22 Mac 2020 yang lalu. Dia kemudian telah ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi malangnya, nyawa Eugene tidak dapat diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 di Hospital St. Dominic.

Lebih meruntun hati apabila saudara perempuannya meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dan tidak dapat bersama-sama dengan Eugene disaat akhir.

Sumber: Eugune Thompson, WJTV, WLBT



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular