Baru-baru ini, viral video Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan demonstrasi topeng muka miliknya yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping. Malangnya, demonstrasi itu gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa "kalis air". Jelas kelihatan ia sememangnya bocor.
Insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da'i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada usahawan itu kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.
Menurut Da'i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.
Aliff dinasihatkan untuk segera bertaubat dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah menonton dan mendengar 'marketing' itu. Salah kerana wujudnya penipuan ketika mengiklankan produknya.
Terdahulu, Tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan eksperiman yang sama ke atas topeng muka "standard' yang selalu digunakan tetapi akhirnya dia terdiam apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.
Mungkin malu dengan kenyataannya yang 'overclaim' produk, Aliff bertindak dengan cepat menutup kesalahannya dengan memotong buah mangga.
No comments:
Post a Comment