Pages

Hiburan: ‘Dah Buat Risikan’ –JHEAT Beri Penjelasan Kes Khalwat Wanita Dengan Adik Angkat

Hiburan: May 7, 2020 at 03:32AM

Semalam viral di media sosial apabila seorang wanita mendakwa ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu(JHEAT) bersama suami yang kurang upaya (OKU). Kisah itu mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan JHET yang dianggap tidak membuat siasatan terlebih dahulu.

Terbaru, menerusi Harian Metro bahagian Penguatkuasaan JHEAT luah rasa kesal dengan kecaman netizen ke atas mereka. Menurut JHEAT, serbuan dilakukan hasil selepas risikan mendapati seorang lelaki kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

Bukan mahram dalam satu rumah

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

Ketika serbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu.

Tambahnya lagi, pihaknya sedia maklum penahanan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama.

Tetap menjadi kesalahan

Selain itu, pihaknya juga melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesalahan khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.

Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan.

Dalam pada itu, Mohd Adnan berharap agar masyarakat tidak menganggap ianya bukan menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai. Apabila terdapat lelaki yang bukan mahram ianya boleh mendatangkan fitnah dan ianya menjadi satu kesalahan.

Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan.

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular