Pages

Hiburan: ‘Tenang Hati Bonda Pergi Kerja’ – Taska Praktik Penjarakan Sosial Terima Pujian Ibu Bapa

Hiburan: May 7, 2020 at 03:24AM

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tempoh hari kepada beberapa sektor ekonomi dan institusi pengajian. Malah, taska atau pusat asuhan kanak-kanak juga diberi kelonggaran beroperasi tetapi hendaklah mengikuti langkah pencegahan.

Perkongsian foto jarak sosial yang dikongsi seorang ibu iaitu Nurrulakhira Azman di taska ini turut dapat pujian netizen. Kanak-kanak itu juga diletakkan pada jarak satu meter sesama mereka.

Bagusnya anak-anak semua

Menerusi Facebook Nurrulakhira Azman memuatnaik foto dan status berkongsi langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan pengurusan taska berkenaan. Dia turut memuji tindakan yang diambil taska ini bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Social distancing kat taska Ejazz. Bagusnya anak-anak semua. Dengar cakap teacher. Tenang hati bonda pergi kerja macam ini. Semoga semua anak-anak kat taska sentiasa dilindungi daripada virus jahat Covid-19. Thank you teachers!

Budak pun dengar cakap

Ruang bermain dan belajar telah dijarakkan. Bukan itu sahaja, katil untuk pelajar tidur juga dilaksanakan sedemikian. Malah, sikap kanak-kanak yang berada di taska berkenaan juga sangat dipuji. Boleh dikatakan, kesemua antara mereka patuh dengan arahan.

Jarak sosial di taska

Lega tengok

Rata-rata netizen bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil pengurusan taska ini. Malah, mereka juga berharap agar mana-mana taska atau pusat asuhan kanak-kanak juga mengambil langkah yang sama bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Sumber: Nurrulakhira Azman



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular