Pages

Hiburan: Dicerai Da’i Farhan, Dr Erin Kini Hamil 3 Minggu

Hiburan: May 7, 2020 at 07:58AM

Sering menjadi bahan kutukan netizen kebelakangan ini, Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi yang diceraikan pada 27 April lalu mengesahkan dirinya kini telah berbadan dua.

dr erin da'i farhan

Menurut laporan Harian Metro, Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da'i Farhan itu menyatakan bahawa usia kandungan kini telah memasuki minggu ketiga.

Bagaimanapun, Erin kini enggan mengulas lanjut berkenaan penceraiannya dengan Farhan malah turut menyatakan hasratnya yang masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.

"Usia kandungan masih baru iaitu tiga minggu. Saya belum bersedia nak ceritakan mengenai perceraian dan kehamilan secara terperinci. Nantilah, apabila sudah bersedia saya akan kongsikan," katanya.

Dakwa Erin lagi, menerusi perkongsian di Instagramnya, wujud pelbagai pihak mula bersuara sehingga ada yang seakan mahu melancarkan komplot untuk melihat dirinya bercerai selepas kisah perkahwinan mereka tular tempoh hari.

da'i farhan dr erin

"Selepas ia tular, kami dikecam maha hebat oleh semua orang. Jika saya tahu ini yang akan saya dapat apabila bernikah dengan Farhan, sumpah saya tidak mahu terima lamarannya.

"Orang yang menularkan kisah kami adalah kawan baik madu saya sendiri. Sudah tentu ini menjejaskan hubungan kami bertiga. Dia pernah ajak saya berjumpa tetapi Farhan tak izinkan. Saya nak beritahu, walaupun selepas kisah kami tular, Farhan tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya. Walaupun dihina dimaki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa.

"Kami juga diuji dengan perasaan marah apabila kami tahu ada cubaan dari beberapa individu untuk mencari segala aib saya dengan tujuan memburukkan saya kepada semua. Bagaimana kami tahu komplot jahat ini adalah daripada telefon madu saya sendiri. Farhan berjaya merampasnya dan ada banyak mesej perbualan mengenai perkara ini.

"Berlaku campur tangan orang luar termasuk mentua Farhan yang memaksanya menceraikan anak mereka," katanya.

Pernikahan Farhan bersama ibu tunggal anak lapan pada November tahun lalu ini mendapat perhatian masyarakat, apabila Farhan sebelum ini difahamkan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka

Lebih perit, cerai yang dilafazkan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu adalah menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp pada 3 Disember 2019.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular