Hiburan: May 7, 2020 at 08:28AM
Penyanyi dan pelawak popular Mark Adam atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, akui yang dirinya pernah meninggalkan puasa Ramadan selama beberapa tahun selepas memeluk agama Islam pada tahun 2002 kerana tidak mampu menahan dahaga.
Mark menyatakan yang beliau menghadapi kesukaran menahan dahaga berbanding lapar makanan.
"Saya peluk Islam pada umur 22 tahun dan ketika dalam agama lama pun, saya sebenarnya tak pernah puasa. Jadi, bila wajib puasa Ramadan sebagai seorang Islam, ia amalan baru buat saya.
"Memang sukar pada mulanya kerana cabaran besar saya adalah menahan dahaga. Rasa lapar itu boleh tahan lagi, kerana saya biasa makan dua kali dalam sehari," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Mark, beliau akur perlu mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul berjaya berpuasa dengan sempurna.
"Saya tahu ada orang, sebelum peluk Islam sudah cuba berpuasa dahulu untuk belajar dan membiasakan diri. Tapi, saya memang tak pernah langsung berpuasa.
"Mujur isteri saya, Norazah Redzuan dan keluarganya boleh faham dan terima keadaan saya ketika itu. Mereka tidak pernah paksa tetapi sentiasa beri semangat untuk saya berpuasa penuh.
"Melalui pengalaman itu, apa yang saya belajar ialah nak puasa kena sahur. Amalan makan sahur itu jangan sesekali ponteng. Selain itu, hati kena sentiasa nekad untuk boleh menghabiskan puasa," tambahnya.
Selain tidak cerewet soal makanan dan tidak tahu memasak, Mark juga sering membantu isterinya melakukan kerja di dapur, malah Mark kini juga difahamkan bijak mengambil inisiatif untuk mandi di siang hari bagi menyegarkan kembali tubuh badannya sepanjang menunaikan ibadah berpuasa.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment