Pages

Hiburan: Doktor Beri Penjelasan Kenapa KKM Bakal Benarkan Pesakit Positif Pulang Selepas 14 Hari Dirawat

Hiburan: May 27, 2020 at 06:30AM

Timbul persoalan dari orang ramai apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan pesakit Covid-19 didiscaj dari wad selepas 14 hari menjalani rawatan walaupun ujian yang dilakukan sehari sebelum itu mendapati ianya masih positif.

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Dr Masliha Harun menerusi Facebook miliknya menerangkan dari sudut kesihatan mengapa perkara tersebut dilakukan KKM. Tambahnya lagi, KKM mengikut garis panduan dan saranan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Angka RO menurun

Ramai yang pm/dm Sis bertanya kenapa sekarang polisi berubah dan jika orang tu masih positif kenapa dibiarkan keluar merata sebab kes masih lagi tinggi dan mesti akan PKP semula. Menjadi tanggungjawab kita sebagai Doktor bantu menerangkan apa yang kita tahu dan penting untuk kita warwarkan polisi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Ramai yang masih excited di hari ketiga Raya ni dan ramai tak tengok TV sangat sebab busy beraya dalam "rumah sendiri" kan. Hihi.

Ok cerita dia begini, now Malaysia ikut saranan WHO bahawa jika pesakit tersebut masih lagi positif walaupun dah kuarantin selama 14 hari adalah berdasarkan apa yg DG selalu sebut RO (disebut R-naught). RO of Covid-19 di Malaysia sebelum PKP adalah 3.55 dan semasa sebulan setelah PKP, RO tersebut telah jatuh sehingga di paras 1.

Kekalkan norma baharu

Apakah makna nombor 2 yang disebut ini. Ini adalah kadar kebolehjangkitan yang jika pada 3.55 bermakna setiap orang baru yang dijangkiti virus berbahaya ini boleh menjangkiti kepada 3.55 orang yang lain.

Sebab itu penting jika semakin hari RO tersebut semakin menurun. Kini kadar kebolehjangkitan Malaysia adalah dibawah paras 1 iaitu sekitar 0.7 itu bermakna average person yang boleh dijangkiti dari orang yang terjangkit adalah hanya 0.7 person bermakna kurang dari seorang pesakit.

Itu adalah berita baik untuk Malaysia. Ini juga bermakna kita berjaya mengekang penularan wabak/penyakit ini dari sehari ke sehari. Tetapi masih kita perlukan mengamal segala "new norm" kita yang biasa iaitu amalkan penjarakan sosial, basuh tangan yang kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan lakukan tahap kebersihan yang tinggi.

Jika RO tinggi PKP diperketatkan

Sebab tu pentingnya untuk kita tahu kadar kebolehjangkitan (RO) ini supaya kita boleh tahu penyakit itu berupaya menjangkiti berapa orang yang lain sekiranya RO ini masih tinggi. Jika RO berterusan tinggi Insyaallah PKP akan diperketatkan semula. Kini kita dah boleh menarik nafas lega sedikit kerana RO ini telah pun turun dengan sangat banyak.

Yes, number jangkitan yang meningkat pada hari ini adalah kes di depoh tahanan dan nampak tak faktor utama untuk jangkitan Covid ini adalah sentuhan dan crowded places. So amat penting untuk kita kekalkan social distancing and jangan sentuh apa-apa sekiranya tak berkenaan. Okay?

Malaysia dalam keadaan stabil

Anatara fakta lain, menurut Business Insider, angka RO 1 bermaksud penyakit tersebut tersebar dalam keadaan stabul. Angka dibawah 1 bermakna penyakit tersebut sedang menurun dan berkemungkinan akan tamat, manakala angka lebih dari 1 menunjukkan ianya masih lagi membiak secara meluas. WHO menjangkakan angka RO bagi Covid-19 ialah antara 2 dan 2.5.

Jadi syukurlah Malaysia kini dalam keadaan stabil terima kasih kepada semua frontliners kita dan Kerajaan PN khususnya. Teruskan kita berjuang melawan Covid ini, jangan kita ambil mudah tau.

So, harap serba sedikit penjelasan ini boleh mengurangkan perasaan kerisauan atau gundah-gulana sesetengah pihak. Jangan kita terlalu paranoid juga tanpa mengetahui fakta okay. Apa yang penting sentiasa kekal berwaspada dan sayangi keluarga kita yang tersayang.

Sumber: Masliha Harun



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular