Pages

Hiburan: Nazim Othman Sedia Berkahwin Selepas Dua Tahun Menduda

Hiburan: May 27, 2020 at 05:54AM

Mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kembali selepas dua tahun bergelar duda, pelakon Nazim Othman kongsi berita gembira tersebut bersama peminat di laman Instagramnya.

nazim othman

Menurut Nazim, usianya yang kini telah mencecah 36 tahun merupakan waktu yang paling sesuai untuk dirinya mendirikan kembali rumah tangga.

Katanya, selagi sihat dan berkemampuan, Nazim tidak akan putus untuk berdoa agar dipertemukan jodoh kerana menurut Nazim, waktu untuknya bersuka atau berjimba di kala muda telah tamat.

View this post on Instagram

Di usia gangsa ni, there's nothing better I could ask for other than my zaujah to be brought close to me. After 2 years, I finally reopen my heart for marriage. Some things in life are learned the hardest ways and I took full responsibility of my past mistakes and accepted the wisdom I gain from it. I'm no longer young, berjimba time is over. I'm 36 and my time is running out. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya. Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia. Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima. I'm sorry too kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Most people are too afraid to show their vulnerable sides to others because most probably they see it as a sign of weakness. On the contrary, from my point of view, being vulnerable until a certain acceptable extent, is a strength. Doakan saya please. Thank you.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

"Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya."

Dalam pada itu, Nazim juga seakan tertanya-tanya apakah kesilapan lampau yang dilakukannya sehingga sukar untuk dipertemukan jodoh kembali. Malah sering meragui andai pernah melakukan kesilapan sesama manusia menyebabkan hasrat baiknya itu sukar dimakbul Tuhan.

nazim othman

Bagaimanapun, Nazim menerusi sebuah posting di laman Instagramnya turut memohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengannya sebelum ini.

"Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada sengaja atau tak disengajakan."

Terdahulu, Nazim dan bekas isterinya Bella Dally pernah berkahwin pada 10 September 2016 namun mahligai itu disahkan terlerai apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada 2 Mei 2018 atas persetujuan bersama.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular