Pages

Hiburan: Elly Mazlein Ucap Selamat Hari Guru Pada Suami

Hiburan: May 16, 2020 at 01:55PM

Sempena sambutan Hari Guru yang diraikan pada setiap 16 Mei setiap tahun, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sempat menitip ucapan buat suaminya, Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik.

elly mazlein

Elly berkongsi berita berkenaan bersama peminatnya di laman Instagram malah turut dedikasikan ucapan tersebut buat semua guru di luar sana.

"Selamat hari Guru Buat Papa Awan Nano Dan semua Guru2. Kegigihan mngajar kami Akan dikenang .Terima Kasih Guru Wahai Cikgu."

Tambah Elly, beliau amat menghargai segala kegigihan dan jasa semua guru-guru di seluruh dunia.

Namun, apa yang mencuit hati, Elly turut bergurau senda di ruangan kapsyen tersebut sambil menyifatkan suaminya sebagai "Cikgu Pencuri Hati"

"X sngka ade Cikgu pencuri hati GADIS yg bernama kepompom kesuma Jiwa Laksana Bulan Purnama Parking di B1 D Sunway Pyramid."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya geli hati melihat telatah Elly, malah turut menzahirkan ucapan yang sama kepada suaminya.

Untuk rekod, Elly dan Azlan yang sinonim digelar Papa Awan Nano telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkahwinan kali kedua buat Elly itu disambut dengan begitu meriah dan turut dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular