Pages

Hiburan: [VIDEO] Aksi ‘Orang Minyak’ Cuba Menyelinap Masuk Rumah Tingkat 14

Hiburan: May 16, 2020 at 01:29PM

Kedatangan warga asing yang membanjiri negara kita mengundang risiko keselamatan. Seolah tidak selamat lagi apabila terdapat pelbagai kes melibatkan warga asing menyelinap masuk ke kediaman kita.

Seperti perkongsian warga Twitter iaitu zrnthecat memuatnaik video aksi bahaya dipercayai warga asing cuba panjat masuk ke kediamannya.

Ada makhluk panjat rumah

Video yang sempat dirakam dan dimuatnaik ke laman Twitter ini menyaksikan seorang warga asing cuba untuk masuk ke rumah mangsa. Mangsa tinggal bersama rakan wanita yang lain di aras 14 di kediaman Mesahill, Nilai.

Menurut penjelasan gadis ini lagi, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila dia terdengar bunyi bising di depan rumah. Keadaan menjadi panik dan terkejut apabila terlihat seorang warga asing cuba menyelinap masuk ke rumah mereka.

Bukan orang minyak!

Gadis ini turut menasihati penduduk kawasan tersebut untuk lebih berhati-hati dan sentiasa kunci pintu rumah. Warga asing itu cuba untuk menyelinap masuk melalui bilik washing machine yang terletak di luar rumah. Sebelum individu tersebut melangkah masuk, dia turut melemparkan selipar ke arah pintu terlebih dahulu.

Mangsa turut melempar semula kasut tersebut kepada individu berkenaan dan mengugut untuk melaporkan insiden itu kepada pihak polis.

Rumah tingkat 14 pun dia langkah masuk

Tanpa berfikir panjang, gadis ini dan rakan serumahnya segera mengunci semua pintu dan tingkap. Mereka segera sembunyikan diri di dalam bilik air sebelum pihak polis tiba ke lokasi.

Bagaimanapun, segala bukti seperti foto dan video telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Suspek berjaya melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba.

Sumber: zrnthecat



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular