Pages

Hiburan: Gadis Panik Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 4

Hiburan: May 13, 2020 at 10:47AM

Tidak berhati perut! Itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang ibu yang sanggup mencampak anak sendiri dari kediamannya di tingkat empat. Kejadian tersebut berlaku di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru di Georgetown.

Bayi cukup sifat

Memetik laporan Metro, bayi berkenaan dijumpai di perkarangan blok dengan kesan darah pada bahagian belakang kepala. Tindakan itu dilakukan seorang ibu yang dipercayai bekerja sebagai pembantu kedai yang bekerja di sekitar kediaman tersebut.

Kejadian itu disedari seorang penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah sebelum menemui sebuah beg. Apabila dibuka beg tersebut dia melihat terdapat bayi cukup sifat masih lagi bernyawa.

Suspek panik

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya iaitu Superitendan A. A. Anbalagan berkata suspek berusia 18 tahun itu mengakui melahirkan anak pada 7.00 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Suspek panik dan dia membuat keputusan untuk membuang bayinya dari tingkat empat melalui balkoni kecil rumahnya untuk mengelak diketahui ahli keluarga lain.

Ketika kejadian ibu bapanya berada di Kelantan, manakala adik-beradik yang tinggal bersama suspek tidak menyedari kejadian ini.

Mencari teman lelaki suspek

Bagaimanapun, pihak polis sudah mengenal pasti rumah suspek dan membawa dia bersama bayinya ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Suspek merahsiakan perkara tersebut daripada ahli keluarga. Dia truut mendedahkan bapa kepada bayi tersebut adalah teman lelakinya. Kini, pihak polis dalam usaha mengenal pasti teman lelaki suspek bagi membantu siasatan.

Sumber: Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular