Hiburan: May 13, 2020 at 10:26AM
Sebelum ini, Perdana Menteri telah membenarkan aktiviti ziarah menziarahi dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Hal ini berikutan pihaknya masih tidak membenarkan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman mahupun rentas negeri.
Menerusi satu sidang media khas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menegaskan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja. Selain itu, hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja diberikan kelonggaran sedemikian.
20 orang bergantung pada saiz rumah
Jumlah 20 orang itu perlu ambil kira berdasarkan saiz rumah. Katakan flat tersebut berukuran 600 persegi. Jika terdapat 20 orang (tetamu) pada satu-satu masa mungkin terlalu ramai dan penjarakkan sosial tidak boleh dilakukan.
Mungkin setiap kali hanya benarkan lima orang (tetamu) dan boleh dilakukan selama empat kali tetapi maksimumnya tetap 20 orang satu hari.
Menurut beliau, perayaan ini merangkumi Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Tambah beliau lagi, jumlah 20 orang tetamu yang di maksudkan bergantung pada saiz rumah. Jika rumah terlalu sempit, jumlah 20 orang dalam satu masa akan mengalami masalah penjarakkan sosial.
Dilarang anjur rumah terbuka
Dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), rumah terbuka adalah terlarang. Rumah terbuka adalah tidak dibenarkan.
Sebagai contoh di Bahrain, sebuah keluarga mengadakan majlis berbuka puasa dan ia dihadiri 16 orang ahli keluarga. Akhirnya, 16 sekeluarga tersebut didapati positif COVID-19.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa penganjuran rumah terbuka Aidilfitri adalah dilarang sama sekali. Larangan menganjurkan rumah terbuka turut termaktub dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Orang ramai dinasihatkan supaya mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sempena hari perayaan ini.
Sidang media pennuh
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment