Hiburan: May 12, 2020 at 02:03AM
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab dakwaan beliau dikatakan menerima rasuah selepas sejumlah wang tunai yang disimpan di kediamannya hilang. Beliau menegaskan wang tersebut adalah melibatkan dirinya dan keluarga bertujuan untuk renovasi rumah.
Malah, setelah hampir dua bulan disiasat, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengakui memberi kerjasama sepenuhnya.
Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan?
*Berani kerana benar*
Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.
Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.
E.g https://www.bharian.com.my/…/syed-saddiq-sedia-letak-jawata… .
Sekarang ada lagi yang mencuba.
Saya nak ingatkan beberapa perkara,
1) Saya sendiri yang MELAPORKAN kes ini ke Pihak Polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan.
2) Wang yang hilang melibatkan saya & keluarga. Kami sudah buat laporan polis. Wang untuk tujuan renovasi rumah. Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan?
3) Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset yang mahal/baru yang dibeli.
Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya & keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi Menteri.
4) Apabila berkhidmat di KBS, saya merupakan salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset & juga megamalkan dasar "Open Tender" bagi semua kontrak.
5) Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya. Semua perlu melalui JK tender yang bebas dari campur tangan menteri.
Tidak faham keperluan menteri makan rasuah
Kenapa saya katakan ini?
Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah.
Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.
Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan.
(Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).
Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000.
Allowance tahunan percutian.
=RM70,000.
Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.
Allowance pindah rumah = RM10,000.
Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000.
Untuk kes ini, saya serahkan sepenuhnya ke pihak SPRM untuk siasat dan saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan.
Berani kerana benar.
Sumber : Syed Saddiq
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment