Hiburan: May 12, 2020 at 01:41AM
Suatu ketika dahulu, kisah seorang suami yang kehilangan isteri tercinta akibat jangkitan kuman dalam darah pernah viral di media sosial. Lebih menyedihkan, bapa kepada tiga orang anak ini sering memuat naik posting mengenai perkembangan anaknya selepas kehilangan kasih sayang seorang ibu seawal usia mereka masih kecil.
Sempena Hari Ibu semalam, lelaki yang dikenali sebagai Khairul Abdullah itu berkongsi kisah di mana dia membawa anak-anaknya menziarahi kubur isteri. Ketiga-tiga anaknya itu seolah-olah sudah mengerti tentang apa yang terjadi dan jelas terpancar kesedihan di wajah mereka.
Dia takut sedih
Awal pagi aku bawa anak-anak ziarah kubur."Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin." Doa mereka bertiga macam biasa usai Al-Fatihah."Daddy, can we go home now?" ajak si abang. Aku dah nampak dia lain macam kali ini. Tadi waktu nak keluar kereta pun dia ambik masa. Dia cakap tak sihat. Aku tahu kalau dia macam mengelak tu tandanya dia sedih. Waktu pagi aku ajak pergi pun dia cakap dia takut dia sedih.
Korang tahu kan, dia tak pernah menangis pasal mak dia. Dia pernah berjanji dengan mak dia yang dia tak akan menangis bila mak dia mati. So dia pegang janji dia. Kalau dia sedih tu dia akan elak bercakap pasal mak dia. Namun pagi tadi dia gagahkan bila aku ajak. Bila dia ajak balik tu aku cakap tunggu sekejap. "Daddy want to talk to mommy. Nak cerita pada mommy pasal baby, pasal adik dan juga pasal abang yang selalu tak dengar cakap daddy."
Belum sempat aku habis ayat, terus dia peluk kaki aku. "Please don't daddy, don't tell mommy. Please, please." Suara dia bergetar kuat. Air mata dia tumpah laju tanpa tangis. Dia masih menahan getap bibir dan esakan mula kedengaran. Masih dia meratib ayat please don't agar tidak aku ceritakan pada mak dia. "Ok ok ok, I'm sorry. Daddy minta maaf, daddy tak cerita pada mommy. Abang baik, abang selalu tolong daddy. Abang anak yang bijak dan rajin. She must be very proud of you."
Menahan rindu pada seorang ibu
Aku dah silap ayat. Tak patut aku ugut dia macam tu. Aku pula yang menyesal. Aku terbayang apa yang dia rasa. Bagaimana perasaan anak kecil yang menahan rindu pada seorang ibu. Anak kecil yang tak pernah menangis kerana sudah berjanji begitu. Pasti anak itu kecewa kerana gagal memegang janjinya. Aku pula yang teresak-esak kat situ. Kesalnya aku. Dan dia masih menyembam mukanya ke kaki aku menyembunyikan tangisnya. Aku angkat, aku dukung dan aku peluk erat.
Jeda. Yang, Anak-anak semua ok. I'm ok too. It is tough but it's ok. You don't have to worry about us. . Baby dah pandai bercakap tau. Abang-abang dah pandai membaca. Semuanya dah besar yang. You must be proud of them. As for me, I did my best. I gave it all. And I hope I make you proud too. Selamat Hari Ibu. We miss you dearly.
Sumber: Khairul Abdullah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment