Pages

Hiburan: “Gurauan Semata-Mata” – Selepas Diselar Sembur Kata-Kata Kesat Pada Kucing, Azwan Ali Mohon Maaf

Hiburan: May 4, 2020 at 04:42AM

Tak henti lagi kontroversi yang melibatkan Azwan Ali atau pun Diva AA. Kini bukan manusia sahaja yang menjadi mangsa 'mulut laser' lelaki tersebut bahkan haiwan juga tidak terlepas daripada tempiasnya.

Terbaru, pengacara popular itu telah menerima kritikan ramai kerana bertindak kasar dengan kucing belaannya. Meskipun hanyalah secara percakapan, tetapi ramai yang kasihankan dengan haiwan tersebut.

azwan ali maki pasaraya tutup penghawa dingin

Sedutan video yang dimuat naik itu kononnya adalah sekadar peringatan kepada kepada semua supaya kekal mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi tindakan Azwan Ali mengeluarkan kata-kata kesat kepada kucing peliharaannya nyata menimbulkan rasa tidak senang ramai orang.

Disebabkan tular ke serata media sosial dan menerima aduan daripada pencinta kucing, pihak Persatuan Haiwan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman media sosial mereka dan menyelar perbuatan selebriti tersebut.

azwan ali dan persatuan haiwan malaysia

Jelas mereka, perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat dengan suara yang kuat seperti apa yang dilakukan oleh Azwan Ali itu boleh menyebabkan tekanan selain menakutkan haiwan peliharaan tersebut.

Selepas menerima respons negatif daripada orang ramai, selebriti itu memuat naik permohonan maaf atas tindakan tidak sensitifnya dan menegaskan bahawa ia adalah gurauan semata-mata.

azwan ali dan persatuan haiwan malaysia

 

View this post on Instagram

 

MAAF TERBUKA YA KHAS NYA TO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA DIVA AA TAKDE NIAT BERGURAU JER " OPPP KOZZZ I LOVE ALL MY CATS " ???????

A post shared by DIVA AA OFFICIAL (@divaazwanaliofficial) on

Diharapkan Azwan Ali belajar daripada kesilapan ini kerana haiwan pun ada perasaan juga kan?



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular