Pages

Hiburan: Rakan Arwah Koperal Safwan Kongsi Perbualan Terakhir Sebelum Dirempuh Pemandu Mabuk

Hiburan: May 4, 2020 at 05:11AM

Insiden seorang anggota polis ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya dirempuh pemandu mabuk telah mengundang kemarahan orang ramai. Mangsa Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakan mangsa yang berada di lokasi iaitu Muhammad Lutfe menerusi laman Facebook meluahkan kesedihan dan berkongsi perbualan terakhir bersama arwah.

Tenanglah disana sahabat

Sebelum insiden tersebut, arwah mengatakan malam tersebut merupakan hari terakhir bertugas sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan sebelum dipindahkan ke tempat lain. Muhammad Lutfe kemudian berjalan ke khemah untuk minum air sebelum insiden tersebut berlaku hanya dalam masa seminit.

Tenanglah disana wahai sahabat seperjuangan. Malam ini last la kita di sjr ni. Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah" kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku. Hanya seminit memisahkan kita..! Jam 0200hrs pada 3/5/2020.

Aku: Wan aku nak pergi khemah minum ayaq sat
Wan: Ok… Sambil tersenyum

Renungan dan kata kata akhir arwah padaku.

Kau pergi selamanya

Muhammad Lutfe turut mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti rakannya itu sepanjang bertugas demi negara.

Jam 0205hrs pada 3/5/2020. Kau pergi selamanya sahabat. Terima kasih kawan atas jasa baktimu pada negara dan masyarakat. Pergimu di bulan yang mulia Bulan Ramadhan memberi satu kelebihan padamu kawan. InsyaAllah pergimu syahid di jalan Allah SWT berbakti pada negara. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin… Al-Fatihah (Dalam bacaan).

Perginya seorang wira negara

Video yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Friends of PDRM berdurasi 4:41 minit ini menyaksikan upacara penuh adat membawa keluar jenazah dari bilik penyerahan jenazah Islam. Turut kelihatan rakan-rakan polis dan keluarga mangsa yang hadir di Hospital Serdang. Jenazah arwah dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman di Ipoh, Perak.

Sumber: Muhammad Lutfe



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular