Hiburan: May 28, 2020 at 05:27AM
Umum mengetahui pelakon Zulin Aziz pernah putus cinta dan membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati warga Indonesia. Meskipun, persiapan perkahwinan telah dilakukan sepenuhnya, Zulin akur dengan ketentuan yang Maha Esa walaupun sedih jika mengenangkannya.
Terbaru, menerusi Instagram Live, Zulin memberitahu bahawa bekas kekasihnya itu menghantar kiriman mesej dan bertanya khabar mengenai dirinya.
Gemuk boleh kurus tau
"hey gemuk boleh kurus tau , busuk hati belum tentu boleh wangi. sebab perangai tu dah sebati dengan darah kau" ?@iamzulinaziz pic.twitter.com/USiTai4JZi
— Fatin Izzati #StayAtHome (@__NFatinIzzati) May 26, 2020
Zulin memaklumkan bekas kekasihnya itu didakwa 'mencarinya' semula selepas mengetahui perubahan fizikal pengacara tersebut. Dia turut kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang ternyata niatnya didakwa ingin mempermainkan hati dan perasaan Zulin sahaja.
Gemuk boleh kurus tau. Busuk hati belum tentu boleh wangi. Sebab perangai tu dah sebati dengan darah kau. Ingat perempuan gemuk ni, boleh dipermainkan ke? Now, ex boyfriend mesej. You dah kurus heh? Kau ingat aku nak kat kau balik?! Kepada ex boyfriend i, kau memang sesuai dapat aku time gemuk je.
Mungkin ada senasib dengan saya
hahaha aduh pic.twitter.com/vf5NKMV237
— Fatin Izzati #StayAtHome (@__NFatinIzzati) May 27, 2020
Pengacara itu mengakui separuh dari cerita yang dikongsi melalui IG Live itu adalah benar, bukan rekaan.
Mungkin ramai yang senasib dengan saya. Kita nak beri lagi semangat dekat diri kita.
Sumber: Zulin Aziz, Fatin Izzati
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment